Pages

Saturday, February 8, 2014

SUMBANGAN SEMPENA TAHUN BARU CINA DI KG MANCIS - KEPERIHATINAN KERAJAAN





Bentong 8 Feb - Seramai 340 warga emas keturunan cina berumur 70 tahun keatas menerima 'angpow'  sempena sambutan perayaan sumbangan kerajaan negeri Pahang di Kg. Mancis dalam dun Pelangai, Bentong hari ini.

Majlis penyerahan sumbangan berkenaan telah dilakukan oleh wakil resmi Menteri Besar Pahang, Dato' Shamsuddin Nawawi yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Besar.

Dalam ucapan ringkasnya Dato' Shamsuddin memohon maaf bagi pihak Menteri Besar yang juga adun Pelangai kerana tidak dapat hadir disebabkan terpaksa berada di Kuala Lumpur untuk melawat ibunya yang dimasukkan ke sebuah hospital disana.

Selain itu beliau berharap sumbangan kerajaan ini dapat membantu warga tua dalam menghadapi tekanan ekonomi yang melanda negara ketika ini. Majlis berkenaan turut dihadiri Pegawai Daerah Bentong serta Pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

Walaupun ramai warga tua yang ditemui tidak fasih berbahasa kebangsaan namun dari wajah mereka yang riang dan ceria menyatakan terima kasih kepada kerajaan atas sumbangan yang diberikan. 

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor