KUANTAN - Suasana di luar Stadium Darul Makmur di sini tegang kira-kira setengah jam apabila berlaku provokasi antara penyokong Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) sebaik perlawanan Liga Malaysia tamat malam tadi.
Namun anggota polis pantas mengawal keadaan dengan mengepung kawasan tempat duduk penyokong JDT, sekali gus mengelak kejadian lebih buruk.
Selain itu, pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) turut dikerahkan mengiringi penyokong JDT keluar daripada stadium supaya tidak tercetus pergaduhan.
Perlawanan berkesudahan Pahang menang 3-2 ke atas JDT.
Sementara itu, polis mengesahkan tiada sebarang tangkapan dilakukan pihaknya walaupun tercetus beberapa insiden pergaduhan antara penyokong Pahang dan Johor Darul Takzim.
Timbalan Polis Daerah,Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata kekecohan yang tercetus sebaik wisel penamat perlawanan hanya berunsur provokasi dengan kedua penyokong saling membaling objek.
Namun, kecekapan kira-kira 500 anggota polis dapat mengwal keadaan daripada tercetus kejadian tidak diingini.
"Kekecohan hanya provokasi daripada kedua-dua penyokong menyebabkan beberapa individu tercedera.
"Setakat ini tiada tangkapan dibuat namun ada beberapa individu diberi amaran kerana cuba mencetuskan ketegangan," katanya ketika ditemui malam ini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor