Pages

Friday, February 7, 2014

MEDIA SOSIAL DISALAHGUNA MENYEBAR PERLAKUAN LUCAH




Instagram, facebook dan tweeter adalah antara medium media sosial yang popular dewasa ini. Ia seharusnya digunakan sebaik mungkin bagi menghubungkan dan mendekatkan antara kita pengamalnya. Namun ada pihak yang menyalahgunakannya bagi tujuan tertentu.

Ada yang menggunakannya bagi tujuan politik dan menghasut pemikiran orang lain, bahkan ada yang bertujuan untuk menyebarkan foto dan maklumat lucah sama ada diri mereka sendiri mahupun orang lain.

Gejala ini bukan sahaja dipandang buruk oleh masyarakat, bahkan boleh menanamkan fikiran tidak baik kepada terutamanya golongan muda.

Post Tweeter diatas dikatakan adalah milik pasangan suami-isteri terlampau, yang sudah tidak punyai sifat dan rasa malu lagi dan tersebar luas dilaman media sosial. Rata-rata pengamal media sosial mengutuk perbuatan pasangan berkenaan dan menganggapnya sangat keterlaluan yang sudah melampaui norma dan budaya kita.

Semoga kita dapat mengawal dan mendidik anak bangsa kita supaya dapat menggunakan media sosial ini bagi tujuan kebaikan dan bukan untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor