Pages

Tuesday, January 28, 2014

KERAKUSAN POLITIK ANWAR MEMBAWA MEMUDARATKAN





Dikebanyakan akhbar-akhbar arus perdana serta laman-laman blog dan aplikasi-aplikasi media sosial sudah heboh memperkatakan kerakusan mengenai hasrat DS Anwar untuk menjadi MB Selangor.

Demi mencapai cita-cita ini beliau terpaksa mengorbankan ADUN Kajang, YB Lee Chin Cheh dengan meminta atau mengarahkannya meletakkan jawatan berkuatkuasa serta merta bermula hari ini bagi membolehkan PRK diadakan.

Benar, negara kita mengamalkan sistem demokrasi namun perbuatan sengaja meletakkan jawatan hanya untuk memberi laluan kepada seseorang bagi mengisi kekosongan sesuatu kerusi adalah tidak wajar diamalkan. Ianya bukan sahaja menghabiskan wang rakyat bagi melaksanakan urusan pemilihan berkenaan bahkan dilihat sebagai menghina sistem yang kita amalkan selama ini.

Dari sudut lain, ini juga dilihat sebagai tindakan DS Anwar sendiri untuk menguji sejauh mana sokongan yang masih rakyat berikan kepada beliau dan pakatan pembangkang.

Tentu kita masih belum lupa dengan beberapa siri pilihan raya kecil yang terpaksa kerajaan hadapi dizaman pentadbiran Tun Abdullah yang dirancang oleh pakatan pembangkang, semata-mata dilakukan bagi menguji kekuatan mereka disamping meraih sokongan dan simpati rakyat.

Bagi memaniskan mulut, pakatan pembangkang mencanangkan bahawa PRK kali ini bukanlah kerana matlamat peribadi DS Anwar, tetapi adalah kerana perjuangan. Namun, rakyat yang sudah semakin bijak dengan permainan politik DS Anwar tentu tidak dapat menerima kenyataan itu.

Rakyat Malaysia seharusnya sedar tentang buruk permainan politik DS Anwar ini dan menolaknya. Rakyat juga harus membebaskan diri dari dibelenggu dengan politik yang berasaskan kepada kebebasan melampau sehingga rusuhan dijadikan cara untuk mencapai matlamat.

Apakah generasi masakini memang sinonim dan menggemari keadaan huru-hara? Apakah sudah hilang dan semakin susut nilai-nilai kemanusiaan dan kecintaan dalam diri anak-anak muda kita sehingga sanggup membuat kekecohan dan kerosakan hanya dengan mengharapkan upah yang sedikit?

DS Anwar mungkin merasakan sokongan terhadapnya sudah semakin berkurangan kerana janji-janjinya dalam PRU dulu tidakpun terlaksana biarpun pembangkang telah menguasai beberapa kerusi DUN dan Parlimen bahkan dibeberapa negeri, mereka sudahpun memerintah.

Mungkin pembangkang masih boleh berjanji bahawa mereka akan lakukan itu dan ini sekiranya mereka memerintah, namun jika dengan kuasa yang mereka sudah miliki mereka masih belum mampu lakukan apa-apa, apa lagi yang kita harapkan walaupun mereka mendapat mandat penuh mentadbir negara nanti?

Politik DS Anwar penuh dengan muslihat dan tipu daya. Beliau tidak teragak-agak untuk janjikan apa saja bagi mendapat sokongan dan undi, dan beliau juga sanggup memberi alasan apa saja bahkan menyalahkan orang lain demi melepaskan tanggungjawabnya dari menunaikan janji.

Politik desperado yang DS Anwar amalkan sangat merbahaya kepada negara kerana masih ada sebilangan rakyat terutama remaja yang `bodoh` politik akan mudah terpengaruh dan melakukan perbuatan bodoh kerana fanatik.

Kita mampu mengubahnya. Kita mampu menghalang niat jahat menghuruharakan negara jika kita mahu. Tunjukkanlah bahawa politik kerosakan bukanlah pilihan kita. Rakyat Malaysia inginkan kehidupan harmoni. Justeru, PRK Kajang kali ini, jika benar DS Anwar bertanding, mari kita bersatu hati dengan menolaknya sebagai penyataan bahawa kita menolak kerosakan dan huruhara. Kita menolak politik tamak dan rakusnya.

Apa lagi yang DS Anwar hendak? Beliau sudah Ahli Parlimen. Beliau juga Ketua Pembangkang dalam Parlimen. Beliau sudah menjawat Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan sebagainya. Jika ingin berkhidmat beliau sudah lama boleh melakukannya dengan jaya.


Kebebasan yang bermakna adalah berani membentuk hidup dan bukan menuruti arus yang terbentuk - Editor.


2 comments:

  1. saja nk test market, kuatkah lagi sokokngan rakyat kpd BN setelah pelbagai isu kenaikan harga barang n tarif eletrik....agaknyalah...

    ReplyDelete
  2. PRK akan berlangsung. Banyak derama akan ditayangkan. Pas akan bising, kutuk, dan membuat gertak dan tuntutan. DAP tup tup diam. Bersih mula bising. Secara diam-diam puak-puak dalam PKR akan bergegar. Walaubagaimanapun, UMNO, BN dan rakyat umum jangan lah termakan dengan adegan dan derama dan sandiwara hiruk-pikuk. Ini semua skrip Anuar. BN kena atur strategy yang mantap untuk mendapat sokongan. BN jangan lah jadi orang bodoh guna style alam, tabur janji sana-sini kepada puak cina. Guna cara yang lebih cerdik dan terhormat. Pemimpin-pemimpin BN jangan jadi beruk makyeh turun kerja bila PM dan TPM datang. Semua kena turun. Cari calon yang disuka ramai. Kalau pengundi ramai melayu, letak lah calon melayu. Work as a team.....

    ReplyDelete

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor