Pages

Tuesday, January 28, 2014

SUMBANGAN SAMBUTAN PERAYAAN WARGA EMAS KERAJAAN PAHANG



KUANTAN 27Jan. - Petang tadi MB Pahang, DSD Adnan Yaakob meluangkan waktu menghadiri program menyampaikan Sumbangan Sambutan Perayaan Kerajaan Negeri Pahang kepada warga emas kaum Cina di daerah Kuantan dan Inderamahkota di Dewan Jublee Perak Sultan Haji Ahmad Shah.

Berucap kepada lebih 3000 hadirin, beliau menyatakan bahawa Kerajaan Pahang sudah lama merancang untuk memberikan sumbangan demikian yang akan meliputi semua kaum menjelang perayaan kaum masing-masing. Sumbangan RM150 ini menurut beliau diperuntukan kepada warga emas yang berumur 70 tahun keatas tanpa mengira kaum dan agama serta fahaman politik. 

Ucapan ringkas beliau dibantu interperator bahasa Cina adalah dengan harapan segala hasrat dan iltizam kerajaan dapat difahami dengan jelas oleh kaum Cina agar tidak berlaku salah faham yang memudahkan pihak pembankang memutarbelitkan dan menyalahkan kerajaan dalam setiap tindakan yang dilakukan.

Rata-rata warga emas kaum Cina yang ditemui sangat gembira dan berpuas hati dengan sumbangan yang Kerajaan Negeri Pahang berikan bagi membantu mereka sempena menyambut Tahun Baru Cina tidak lama lagi. Turut hadir dimajlis tersebut YB Dato' Zaini dan YB Dato' Shafik Fauzan ADUN Inderaapura serta Pegawai Daerah Kuantan.

~ Editor






Sebahagian warga emas yang hadir.







No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor