SALAH satu sifat semula jadi manusia ialah kebanyakan kita suka kepada sesuatu yang tetap dan dilakukan berulang-ulang. Kita gemar untuk kekal menyukai atau membenci sesuatu yang dikenali.
Ia terjadi dalam kehidupan kita dari kecil sehinggalah dewasa, meliputi hubungan kekeluargaan, kemasyarakatan, persahabatan, kesihatan, karier dan pekerjaan, serta turut mempengaruhi pilihan politik dan corak pembangunan.
Kita secara konsisten mengulangi banyak rutin kehidupan dan pemikiran yang sama setiap hari selama bertahun-tahun. Kita berasa selesa kerana pengulangan walaupun menjemukan tetapi memberikan kita suatu perasaan kestabilan.
Kita memulakan hidup dengan keluarga dan pulang kepada keluarga yang sama. Ia berlaku setiap hari.
Kita makan makanan dan minuman yang sama pada masa-masa yang ditetapkan. Ia terjadi sepanjang masa.
Senarai itu pergi lebih jauh. Kita suka berbual dengan kawan-kawan yang sama dan menyokong kelab bola sepak yang sama. Kita mempunyai harapan dan keyakinan yang sama terhadap pelbagai perkara di sekeliling kita.
Apabila telah terbiasa dengan pengulangan dalam rutin harian, kadangkala kita gagal menganalisis perubahan baik dan buruk yang berlaku di sekeliling kita. Ada kalanya kita merasakan kita tidak berubah langsung.
Persekitaran bertukar, tetapi oleh kerana ia berlaku secara beransur-ansur dalam rutin kehidupan yang berulang, kita tidak menyedarinya.
Seorang saintis Amerika, Jared Diamond yang menulis buku berjudul Collapse pada 2005 untuk menghuraikan bagaimana sesebuah masyarakat memilih untuk gagal atau berjaya, menggambarkan fenomena itu yang dipanggilnya landscape amnesia.
Manusia lupa betapa berubahnya persekitaran sesebuah landskap 50 tahun lalu, kerana perubahan itu yang berlangsung tahun demi tahun, sedikit demi sedikit, terjadi dalam rentak yang begitu perlahan.
Pengalaman itulah yang menyebabkan banyak orang gagal menyedari masalah yang timbul dalam masyarakat, dan apabila mereka mengetahuinya ia telah pun terlambat.
Landscape amnesia ini juga sedang berlaku dalam pembangunan fizikal di Malaysia, dan tidak terkecuali ia melimpah ke dalam politik, dan jika kita tidak berhati-hati ia boleh membawa kepada keruntuhan masyarakat.
Kegagalan sesebuah masyarakat mengesan kelemahannya bukan sahaja berlaku kerana fenomena itu, ia juga terjadi ekoran apa yang diistilahkan sebagai merasionalkan tingkah laku yang buruk.
Manusia mempunyai kepentingan dan kepentingan seseorang mungkin bertentangan dengan kepentingan orang lain.
Dalam usaha untuk memajukan kepentingan sendiri, mereka mencari alasan-alasan untuk menjustifikasikan hujah-hujah mereka, yang lazimnya merupakan hujah-hujah yang mementingkan diri sendiri.
Isu subsidi mungkin salah satu daripada pertembungan klasik kepentingan. Apabila kerajaan melaksanakan rasionalisasi subsidi petrol, ada pihak tidak bersetuju kerana pengurangan subsidi petrol menjejaskan kepentingan mereka, menyebabkan mereka terpaksa membuat penyesuaian kepada perbelanjaan masing-masing.
Atas faktor kepentingan sendiri itu, sesetengah orang tidak mahu menerima hujah tentang kebaikan rasionalisasi subsidi sedangkan penjimatan daripada pengurangan subsidi itu boleh digunakan oleh kerajaan untuk tujuan-tujuan lain pembangunan negara, bagi membantu kumpulan yang lebih memerlukan.
Sentimen merasionalkan tingkah laku buruk itu boleh dirumuskan begini: "Rasionalisasi subsidi petrol tidak baik kepada saya. Walau bagaimana baik pun langkah itu kepada orang lain, oleh kerana kepentingan saya terjejas, maka ia tidak bagus. Saya tidak peduli sama ada kerajaan ada cukup wang untuk bantu golongan lain yang memerlukan… yang saya pentingkan cuma kepentingan saya."
Konflik antara kumpulan bagi menegakkan kepentingan masing-masing, jika tidak difahami, boleh menjadi antara resipi kegagalan sesebuah masyarakat. Ia bermula sebagai kepentingan individu tetapi kemudiannya berkembang menjadi satu tingkah laku kolektif.
Satu lagi sifat manusia ialah mereka sering terlupa bagaimana proses kemakmuran dicapai, dan ramai orang di Malaysia mengalami kesukaran untuk memahami masalah ini.
Sehingga pada tahun 1970-an, di kebanyakan bandar di Malaysia, kemudahan tandas, misalnya, bukanlah sesuatu yang menjadi keutamaan masyarakat.
Sistem kumbahan
Banyak rakyat ketika itu, termasuk mereka yang tinggal di kuarters kerajaan, berkongsi tandas komuniti.
Bukan semua rumah mempunyai tandas sendiri. Tandas komuniti di kuarters itu mungkin dikongsi oleh 30 buah keluarga. Ia pula bukan jenis tandas yang kita miliki di rumah-rumah sekarang, sebaliknya tandas angkut (kerana pada setiap subuh ada petugas majlis perbandaran datang mengangkut najis-najis di tandas untuk dibuang di tempat lain).
Operasi tandas angkut ini sukar untuk diimaginasikan oleh mana-mana belia yang berusia bawah 35 tahun.
Di kampung-kampung tradisional di Malaysia pada waktu itu keadaan adalah lebih teruk. Orang kampung tiada langsung kemudahan tandas. Mereka membuang air di belakang pokok, di dalam semak dan di tepi sungai.
Setelah program perbandaran dan kesihatan awam besar-besaran dilaksanakan lebih 40 tahun lalu melalui Dasar Ekonomi Baru, khususnya selepas tahun 1980-an, barulah sebahagian rakyat Malaysia mendapat kemudahan tandas dan sistem kumbahan najis yang sempurna.
Tandas-tandas yang kita lihat di kampung-kampung tradisional dan dalam rumah-rumah di bandar sekarang sebenarnya adalah sesuatu yang baru diperkenalkan 40 tahun lalu.
Bagaimanapun, apabila kita telah menikmati keselesaan dalam kehidupan secara beransur-ansur, dengan i-Pad dan Samsung Galaxy di tangan sambil menaiki tren LRT di Kuala Lumpur atau berkomunikasi dengan bebasnya mengutuk orang melalui Facebook dan WhatsApp menggunakan telefon bimbit di mana saja hatta di depan Kaabah di tanah suci Mekah, kita mengalami hilang ingatan tentang betapa besarnya kemajuan yang telah kita tempuhi.
Kita terlupa bahawa ibu bapa dan datuk nenek kita dahulu terpaksa bergelumang dengan sesuatu yang lebih sukar daripada isu kos peningkatan sara hidup yang kita alami sekarang. Untuk membuang air besar dan air kecil pun, mereka terpaksa berfikir ke mana mereka perlu pergi.
Itu belum lagi diambil kira tiadanya kemudahan air, elektrik, telefon dan televisyen yang menjadi simbol kehidupan moden.
Kadangkala tempoh panjang yang dilalui turut menjadikan kita hilang perasaan.
Kira-kira 100 tahun lalu, pada tahun 1914, manusia menyaksikan penderitaan Perang Dunia Pertama (1914-1918) apabila manusia di negara-negara di seluruh pelosok dunia saling berbunuhan dalam satu perang global. Termasuk dalam kumpulan manusia yang berbunuhan itu ialah rakyat empayar Islam Uthmaniyah.
Empayar Islam Uthmaniyah itu dibina pada tahun 1299 tetapi dilemahkan dalam Perang Dunia Pertama sebelum runtuh pada tahun 1923.
Perang yang bermula pada 1914 mengakibatkan wilayah-wilayah Islam di Utara Afrika dan Asia Barat berada di bawah pengaruh kuasa-kuasa Eropah. Ketika perang itu berlangsung, kuasa Eropah mula membuat keputusan menjanjikan tanah Arab di Palestin untuk diberi kepada orang Yahudi.
Selepas 100 tahun berlalu, manusia Islam telah pun lupa mengenai momentum kepada proses kejatuhan empayar Islam itu yang pergi tanpa tangisan.
Mereka lupa bahawa kemarahan dan kritikan tidak terkawal, kebangkitan aktivis muda Islam yang dipecah-pecahkan menjadi kumpulan pemberontak serta peranan kuasa asing dalam revolusi untuk menjatuhkan pemimpin menjadi puncanya, tetapi ia diburukkan lagi apabila kontradiksi dalam masyarakat dan terhadap kerajaan dibesar-besarkan.
Malangnya, kita tidak belajar daripada semua itu. Kita sedang terlena bersama sindrom amnesia yang sudah tertanam dalam karakter kita.

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor