Pages

Monday, January 20, 2014

SULTAN PAHANG DALAM KEADAAN SIHAT


KUANTAN - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah kini dalam keadaan sihat walaupun dilaporkan berada di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, baginda berada dalam keadaan sihat dan berehat di IJN berikutan rekod perubatan ditempatkan di sana.

"Tuanku Sultan sihat walafiat. Tuanku berehat kerana rekod perubatan baginda ada di IJN," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia hari ini.

Kesihatan Sultan Ahmad Shah menjadi tanda-tanya berikutan penyebaran sekeping gambar baginda sedang mendapatkan rawatan di IJN disebarkan dalam laman sosial seperti Facebook ketika ini.

Menurut Adnan, beliau berharap semua pihak menghentikan penyebaran gambar tersebut dan perlu menghormati hak peribadi seseorang apatah lagi seorang sultan.

"Saya berpendapat tidak perlu berkongsi gambar Tuanku di IJN di Facebook atau blog kerana kita perlu menghormati hak peribadi baginda," jelas beliau.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor