Pages

Saturday, December 21, 2013

ANWAR RANCANG RUSUHAN


DI ambang rakyat membuat persiapan beralih dari tahun 2013 ke 2014, ada pula ura-ura anasir jahat akan cuba menimbulkan huru-hara kononnya mahu mengguling kerajaan yang dipilih pada pilihan raya umum (PRU) pada Mei lalu.

Berselindung di sebalik sambutan malam tahun baharu pada 31 Disember ini, golongan itu didakwa mahu menyelit di sebalik kumpulan orang ramai yang mahu meraikan ketibaan 2014 bagi menunjukkan ramai yang menyokong usaha menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan.

Walaupun umum tahu siapa dalang di sebalik rancangan tersebut, pihak terbabit masih cuba menyembunyikan penglibatan mereka mungkin bagi mengelakkan tindakan pihak berkuasa mahupun mengelak dipertanggungjawabkan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Setakat ini usaha mengajak pengikut mereka menyertai rancangan tersebut banyak dilakukan melalui media sosial, risalah dan poster tetapi dilihat belum mengumpul momentum yang diharapkan.

Namun, perkara paling membimbangkan bukannya bilangan peserta sebaliknya orang awam yang tidak terlibat sama mungkin akan terperangkap bersama anggota kumpulan ini ketika agenda peribadi mereka digerakkan.

Lebih teruk jika kumpulan itu hilang kawalan dan orang awam juga yang menjadi mangsa sama ada cedera dan hilang harta benda mahupun pertumpahan darah jika berlaku pertembungan antara pihak berkuasa dan peserta demonstrasi.

Persoalannya, sampai bila golongan ini mahu dibiarkan membuat onar atas dasar kebebasan hak asasi sehingga mengganggu perancangan mahupun cara hidup harian orang ramai, semata-mata untuk laba politik individu atau kumpulan tertentu?

Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim melihat masalah tersebut berterusan kerana wujudnya suasana 'majoriti senyap' iaitu kumpulan besar tidak menunjukkan 'kuasa' dan tidak membalas perbuatan minoriti.

"Majoriti senyap menyebabkan golongan minoriti ini rasa besar diri, bukannya kerana mereka rasa kebal atau tidak takutkan pihak berkuasa.

"Majoriti tidak membalas sama ada dengan perkataan, tulisan dan lain-lain cara sehinggakan minoriti merasakan apa yang mereka lakukan itu 'dibenarkan'," katanya.

Beliau berpendapat perbuatan menganjur perhimpunan haram dan cubaan mengguling kerajaan berlaku bila hak asasi diagungkan melangkaui undang-undang sesebuah negara.

Beliau juga mempertikai apa keperluan kumpulan tersebut mempunyai wakil rakyat di Parlimen jika mahu melangkaui undang-undang kerana polisi sistem yang diamalkan negara hanya boleh diperjuangkan di Parlimen dan bukannya di jalanan.

"Masalah perhimpunan haram ini menunjukkan Ahli Parlimen yang diberi mandat kumpulan tersebut gagal mewakili suara mereka di Parlimen sehinggakan mereka terpaksa guna cara jalan raya secara meluas untuk mencapai matlamat.

"Walaupun tidak radikal, tidak menggunakan senjata sekalipun, dalam mana-mana perhimpunan dinamik boleh berubah bila-bila masa jika ada dalang yang menyebabkan niat asal mereka terpesong," ujarnya.

Beliau merasakan tidak perlu ada senjata dalam perhimpunan tersebut untuk menyebabkan peserta hilang kawalan daripada sebuah tunjuk perasaan kepada vandalisme dan gangguan pasif terhadap kehidupan seharian orang awam.

Bagaimanapun, beliau yakin tujuan utama perhimpunan tersebut bukannya untuk tunjuk perasaan tetapi untuk mengganggu sistem sosial dan ekonomi orang ramai yang akan membawa limpahan kesan berangkai kepada pihak berkuasa dan pemerintah.

"Objektif utama bukannya tunjuk perasaan, bila jalan sesak, polis dan pihak berkuasa juga dipersalahkan rakyat, akhirnya balik kepada memburukkan nama kerajaan memerintah.

"Malahan, sebelum berlakunya perhimpunan itu sudah ada kesannya terhadap kehidupan orang ramai dengan wujudnya pelbagai prasangka sementara tenaga penguatkuasa perlu ditumpu ke kawasan terbabit, melemahkan kehadiran mereka di tempat lain," jelasnya.

Kamal Affendi juga melihat taktik mengadakan perhimpunan di ambang tahun baharu mungkin disebabkan jumlah peserta tidak ramai dan perlu berselindung di sebalik tempat yang ramai orang; atau mungkin untuk mengelakkan peserta dikesan dan ditangkap pihak berkuasa.

Sementara itu, Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berpendapat penganjur dan peserta perhimpunan tersebut sebenarnya boleh dilihat sebagai melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong yang membawa hukuman mati.

"Undang-undang kita berpaksikan Demokrasi Berparlimen dan pilihan raya yang menentukan kerajaan. Cubaan mengguling kerajaan melanggar dua asas kenegaraan kita - mencabar institusi Yang di-Pertuan Agong dan institusi Parlimen yang menjadi simbol pemerintahan negara.

"Penganjur sengaja mengambil kesempatan membakar emosi orang ramai tetapi cuba berselindung di sebalik peserta perhimpunan. Jika mengaku, mudah pihak berkuasa bertindak ke atas pengajur tetapi dengan berselindung akhirnya orang awam (peserta) yang dikenakan tindakan," katanya.

Beliau menegaskan majoriti rakyat, termasuk mereka yang tidak menyokong kerajaan, hanya mahu hidup aman damai dan pihak berkuasa tidak boleh membiarkan minoriti kecil yang membuat kacau bilau menjejaskan majoriti yang aman.

Beliau merasakan tiada langkah penghalang dan pencegahan yang benar-benar menghindar kejadian serupa berulang sedangkan negara maju seperti Amerika Syarikat dan Singapura yang kononnya amalkan kebebasan juga tidak akan melepaskan golongan tersebut.

"Saya setuju jika dikatakan penguatkuasa multimedia kita tidak bertaring, lemah dan kerap bertolak ansur dalam mengatasi masalah seperti ini. Jika negara maju lain, sesiapa menyebar risalah berpotensi memudaratkan ketenteraman awam, penguatkuasa akan terus 'ketuk pintu'.

"Tindakan penguatkuasaan dan pencegahan bukannya langkah ke belakang dalam demokrasi, ianya langkah ke depan yang diamalkan semua negara maju untuk kekalkan keamanan. Penapisan multimedia perlu dilakukan bila ia melibatkan keselamatan awam," tegasnya.

Beliau berharap pihak berkuasa bersedia menggunakan apa jua akta yang ada, baharu atau lama, kerana bukan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sahaja yang boleh digunakan untuk menyekat perbuatan sedemikian.

Tambahnya, jika terbukti individu atau kumpulan tersebut berani menggadai keamanan negara demi kepentingan peribadi, maka tangkap sahaja, dakwa dan kenakan hukuman paling berat supaya menjadi pengajaran kepada yang lain kelak.

"Pihak berkuasa perlu menyiasat penyebaran yang dibuat melalui media sosial mahupun risalah ini, tangkap sebelum terjadi apa-apa. 'Rahsia umum' ini perlu diambil tindakan segera bagi mencegahnya daripada melarat," ujarnya.

1 comment:

  1. Crita nya gini. Pertama, seperti lazim, si peliwat tua (PT) akan membuat satu rusuhan setiap kali kes liwat dia muncul di mahkamah. Kedua, PL teruja dengan sukses demo di Bangkok sehingga PM Thailand bubar Parliament untuk pilihanraya yang baharu. Itu persepsi PL dan konco bangang. PL perlu di ingatkan yang kredibiliti PL dah hancus setelah kencing pendemo semasa dia angkat sumpah MP. Penyokong dan rakyat umum dan sedar hancing nya kencing peliwat tua kote bengkok. Gang PL kena ingat di Thailand ada satu bangsa....ia itu bangsa Siam. Pendemo mungkin berjaya bubarkan parliament, tapi, does it resolve the people and country problem? Don't think so since opposition will not participate in the fresh general election because they know they will never win. So? Bangkok will forever engross in mass public demonstration. Forever no peace.

    ReplyDelete

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor