PEKAN - Beberapa pertubuhan di daerah ini bergabung membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Pekan di sini bagi membantah tindakan pihak tertentu yang merancang mengadakan Himpunan Guling Kerajaan pada 31 Disember ini.
Gabungan itu terdiri daripada Pemuda UMNO, ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Kemajuan Kampung (JKKK), persatuan pesara, bekas tentera dan polis serta ibu tunggal, persatuan peladang dan nelayan, Belia 4B, Kelab Anak Wawasan Pekan (Kawan) dan Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC).
Kesemua mereka mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba menghasut rakyat selain menyifatkan perhimpunan jalanan bukanlah cara terbaik untuk menegakkan proses demokrasi.
Wakil gabungan tersebut yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Asmayudim Uyub berkata, perhimpunan tersebut boleh memberi impak negatif dan menyebabkan negara menjadi huru-hara serta mengancam keselamatan orang ramai.
"Jadi, kami berkumpul hari ini bagi membantah himpunan itu. kita bimbang kejadian tidak diingini berlaku jika pihak polis tidak bertegas dan membiarkan himpunan haram tersebut diadakan.
"Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mengheret rakyat ke jalanan untuk menggulingkan kerajaan yang telah dipilih berdasarkan demokrasi dan mengikut undang-undang serta Perlembagaan negara," katanya di sini hari ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Pekan, Leftenan Kolonel (B) Zulkiffly Mohd. Tahir berkata, tindakan tegas perlu diambil bukan sahaja ke atas penganjur malah penulis blog serta pemilik laman sosial yang mempromosikan himpunan haram tersebut.
Menurutnya, PBTM Pekan menyokong sepenuhnya sebarang tindakan undang-undang mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 diambil ke atas mereka yang terlibat.
"Kami menyeru kepada kerajaan dan rakyat yang cintakan keamanan supaya menghalang sebarang bentuk rampasan kuasa jalanan yang boleh meruntuhkan keharmonian dan ketenteraman serta mewujudkan suasana huru-hara dalam negara," katanya.

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor