Pages

Wednesday, July 10, 2013

LEBIH 130,000 PEKERJA ASING BERDAFTAR DI PAHANG



KUANTAN - Seramai 130,594 pekerja asing berdaftar bekerja di sektor perladangan, pembinaan dan pembantu rumah di Pahang bagi tempoh 2010 sehingga Mei lepas, kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata kebergantungan terhadap pekerja asing dalam sektor berkenaan adalah atas sebab-sebab tertentu dan turut mendatangkan masalah sosial termasuk keselamatan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (DAP-Mentakab) mengenai jumlah warga asing di Pahang pada Persidangan Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata Projek Desa Lestari Abad Ke-21 oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bertujuan meningkatkan taraf ekonomi penduduk kampung dengan mewujudkan peluang pekerjaan setempat.

Pemilihan kampung bagi projek itu dibuat berdasarkan kriteria ditetapkan kementerian termasuk pencapaian semasa daripada segi pembangunan fizikal dan sosial, katanya ketika menjawab soalan Khairuddin Mahmud (BN-Pulau Manis).  

"Ia juga adalah perancangan kementerian itu mengikut Pelan Pelaksanaan Ketiga Rancangan Malaysia Ke-10, sekali gus merapatkan jurang antara masyarakat luar bandar dan bandar," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor