Pages

Friday, May 10, 2013

Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob Kekal MB Pahang


Kuantan - Majlis Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia Menyimpan Rahsia Kerajaan negeri oleh Datuk Seri Adnan Yaakob sebagai Menteri Besar, telah diadakan di Istana Sultan Abu Bakar, Pekan jam 5 petang, semalam.

Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dihubungi turut mengesahkan perkara itu dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Adnan Yaakob akan dilantik semula sebagai Menteri Besar.

Adnan, 63, yang juga Ketua UMNO Bahagian Bentong mula dilantik sebagai Menteri Besar Pahang pada 25 Mei 1999 menggantikan Tan Sri Mohd Khalil Yaakob (kini Tun), yang dilantik sebagai Menteri Penerangan ketika itu.

Beliau yang dianugerahkan gelaran ‘Datuk Seri Diraja’ oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada 2010, yang juga penerima pertama dalam sejarah Pahang, dilihat tidak bermasalah untuk terus mendapat perkenaan Istana bagi jawatan berkenaan.

BN Pahang berjaya memenangi 30 daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Prestasi BN Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) merosot apabila kehilangan empat kerusi Parlimen serta 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), berbanding tewas dua kerusi Parlimen dan empat DUN pada 2008.

Walaupun masih berjaya mengekalkan penguasaan dua pertiga di kerusi DUN, pencapaian pembangkang pada pilihan raya kali ini mengejutkan banyak pihak, terutama pemimpin BN negeri sendiri.

2 comments:

  1. Kecewa betul bila dia lagi jadi MB? Apa dia buat utk Pahang? Balik2 majukan Kuantan dan Pekan, tempat lain macam tak ambik peduli... dah nasib badan jadi rakyat pahang yang serba serbi mundur!

    ReplyDelete
  2. Saya setuju. Saya nak orang lain jadi MB. Pahang sebenarnya tak maju. banyak projek kroni sahaja. jalan teruk berlubang, pecah-pecah. Tuk Nan digemari oleh pihak istana. so faham-faham aje la...

    ReplyDelete

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor