Empat parti komponen masyarakat Cina di bawah Barisan Nasional (BN) perlu bergabung dalam usaha merangka strategi bagi memenangi semula hati pengundi kaum itu.
Empat parti dimaksudkan adalah MCA, Gerakan, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Liberal Demokratik (LDP).
Presiden Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong berkata, langkah itu dapat menjadikan parti untuk masyarakat Cina terus relevan dan boleh menjadi tempat untuk komuniti tersebut berteduh.
''Tidak ada makna lagi setiap parti komponen itu berjuang secara sendirian. Itu kaedah lama. Tukar kepada yang baharu yang lebih segar dan diyakini para pengundi terutama golongan muda.
''Dengan penggabungan itu nanti, saya percaya parti mewakili masyarakat Cina di bawah BN akan menjadi lebih kukuh kerana mengambil kira perbezaaan pendekatan dalam setiap jentera di keempat-empat parti itu,''
Beliau mengulas tindakan pengundi-pengundi Cina pada Pilihan Raya Umum Ke-13 baru-baru ini yang telah mengecewakan Perdana Menteri apabila memandang sepi segala usaha pembangunan dan transformasi kerajaan sebaliknya memberi sokongan kepada parti cauvinis Cina, DAP.
Lum Yong juga mencadangkan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) menubuhkan satu pasukan khas luar daripada parti itu yang terdiri daripada profesional bagi menyusun strategi menarik undi dan mendekati semula masyarakat Tionghua itu.
''Contoh di Pulau Pinang, rakyat di sana benci kepada kumpulan yang berkempen untuk BN. Mereka bersikap sebegitu kerana minda mereka telah dibentuk oleh pemimpin di negeri itu.
''Sehubungan itu, amat wajar satu kumpulan yang tiada kaitan dengan BN diwujudkan, mereka hanya sebagai pemikir untuk kerajaan BN bagi mendekati masyarakat seperti di Pulau Pinang,''
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor