Pages

Thursday, May 9, 2013

DAP Memang Sengaja Mainkan Isu Perkauman


DAP didakwa sengaja menggunakan pelbagai isu perkauman untuk 'meracuni' pemikiran masyarakat Cina di negara ini semata-mata untuk meraih undi sehingga menjejaskan keharmonian sedia ada.

Presiden Barisan Bersatu Nambikei, B. Kalaivanar mendakwa, parti tersebut dianggap melampau sehingga sanggup berbuat apa sahaja demi memastikan sokongan masyarakat Cina 100 peratus milik parti itu.

"Saya sendiri telah memantau setiap kempen mereka di Perak dan Johor. Mereka benar-benar menggunakan pelbagai isu perkauman yang menyentuh sensitiviti masyarakat itu sehingga kesemua mereka beralih kepada DAP. Antaranya, menggunakan isu bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, isu bumiputera dan kuota pendidikan. Semua itu telah membakar semangat kaum Cina.

"Justeru, mereka menjadi keliru dengan setiap tohmahan dan pembohongan DAP. Parti itu juga sengaja membangkitkan perasaan takut dan tidak yakin terhadap kerajaan sehingga dikatakan boleh menjejaskan masa depan kaum tersebut,"

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pengundi Cina ditipu pakatan pembangkang kononnya mampu mengubah kerajaan hingga terdorong mengundi parti DAP pada pilihan raya umum lalu.



Walau bagaimanapun, menurut Perdana Menteri, usaha tersebut gagal dan kerajaan Barisan Nasional (BN) sehingga kini tidak tumbang serta masih kekal selepas selesai pilihan raya umum tersebut.

Najib berkata, meskipun sebahagian besar masyarakat Cina menyokong pembangkang, namun BN tetap berjaya mendapat sokongan padu daripada orang Melayu, India dan masyarakat bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Tambah Kalaivanar, DAP sering memberikan gambaran buruk tentang kerajaan BN dengan persepsi bahawa mereka dipergunakan untuk mengaut keuntungan, hasil usaha mereka dalam bidang ekonomi.

"Semua gambaran ini telah menyebabkan masyarakat Cina marah dengan kerajaan. Macam-macam telah dibuat oleh DAP sejak beberapa tahun kebelakangan ini demi memastikan semua parti Cina dalam BN 'dibunuh'.

"DAP telah berjaya dalam misi mereka kerana menjadi dominan dengan menang besar pada pilihan raya umum lepas. Namun, DAP sudah pasti akan melipatgandakan usaha dengan menggunakan taktik kotor untuk meluaskan empayar kuasa mereka," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor