Pages
▼
Tuesday, April 30, 2013
PAS Jual Agama Untuk Kepentingan Dunia
KALI ini serentak Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Hadi Awang dan Dr. Haron Din menyatakan bahawa hukum hudud akan dilaksanakan kalau Pakatan Rakyat memerintah. Ia cepat dijawab oleh Lim Guan Eng, perkara hudud tidak ada dalam manifesto Pakatan Rakyat. Seperti biasa Karpal Singh pula tetap menyatakan bangkangannya terhadap hudud.
Mengapa isu hudud dipermainkan sebegitu rupa oleh pemimpin Pakatan Rakyat dan Pas. Sejak dulu Pas apabila menjelang pilihan raya isu hudud dibangkitkan sebagai suatu cara untuk mencari pengaruh dalam politik. Bagi DAP, ini tidak mungkin diterima kerana bimbang hilang pengaruh dalam kalangan orang Cina.
Pertentangan dalam kalangan mereka adalah pertentangan isu prinsip. Penyokong Pas tetap mahukan negara Islam dan hudud sedangkan DAP menolak. Anwar Ibrahim pula menjadi pening kepala kerana dia tidak mampu memberikan jawapan mengenai isu hudud kerana dilihat sensitif.
Tetapi mengapa Pas masih berkeras mahukan hudud sedangkan DAP menolak. Apakah hudud adalah segala-galanya bagi hukumah Islamiah. Banyak perkara lain di luar hudud yang amat penting dalam melaksanakan syariah.
Bagi Pas, Islam itu hudud dan hudud itu Islam. Sedangkan Syariah Islamiah itu amat luas. Bukan bermakna belum melaksanakan hudud sesebuah negara ditolak sebagai negara Islam. Melaksanakan syariat dalam muamalah, ekonomi, tijarah, industri halal, sukuk, waqaf dan lain-lain adalah sebahagian dari binaan negara Islam.
Umat Islam harus mengimani dan meyakini bahawa hudud adalah suatu juzuk dalam hukumah Islamiah. Malangnya, Pas bercakap mengenai hudud sudah bertahun-tahun tetapi melaksanakannya tidak.
Lebih pelik nantinya bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat kalau menang berupaya melaksanakan hudud dalam soal membangun polisi perundangan syariah kerana belum tentu Pas menang dengan majoriti besar.
Kalau DAP menang lebih kerusi atau PKR lebih dominan belum tentu DAP bersetuju dan Anwar yang sehingga kini belum menyatakan sikap jelas terhadap hudud.
Kalau begitu apa sebenarnya maksud pemimpin Pas membangkitkan isu hudud sedangkan agenda Pakatan tidak lebih masing-masing parti menggunakan pengaruh parti lain untuk memenangi lebih kerusi dan kalau takdirnya membentuk kerajaan nanti isu-isu dasar dalam membina negara saling bercanggah dan akhirnya parti masing-masing akan memilih jalan hidup sendiri.
Pas janganlah membohongi masyarakat dengan isu hudud ini. Bukan salah kepada hudud tetapi Pas menjadikan isu hudud sebagai pertaruhan untuk mendapatkan pengaruh dan DAP juga menolak isu hudud sebagai sumber mendapatkan sokongan. Pada hakikatnya DAP tidak mahu apa saja berbau Islam.
Umat Melayu tidak harus terbuai-buai dengan permainan politik Pas dan juga tidak harus terjebak dengan permainan DAP. Umat Islam tidak harus membina harapan kepada Anwar kerana sikapnya tidak jelas sama ada bersetuju atau tidak akan isu hudud.
Antara sikap Anwar yang tidak jelas dan sikap Pas yang mahukan hudud dan DAP yang menolak hudud khalayak boleh membaca senario Pakatan Rakyat yang tidak mahu berpakat atas soal pokok bagi Pas. Ini bermakna masa depan Pakatan Rakyat pasti dalam perbalahan kerana tidak ada persefahaman dalam isu-isu.
Lebih-lebih lagi percaturan dengan Guan Eng dan Abdul Hadi mengenai isu kalimah Allah. Guan Eng pada 25 Disember 2012 mendesak supaya kalimah Allah digunakan dalam versi Bible bahasa Melayu dan Abdul Hadi dituduh oleh Anwar menyediakan persetujuan dan rasional terhadap kalimah Allah sedangkan Majlis Syura kuasa tertinggi dalam membuat keputusan menolak keputusan Pakatan Rakyat mengenai kalimah Allah, 12 Januari 2013.
Kalau parti Pas sendiri berbelah bagi dengan isu kalimah iaitu isu pokok dalam anutan Islam yang sifatnya tauhidik, bagaimana Pas membina konsep kesatuan ummah berasaskan kesatuan akidah (tauhidik), kesatuan ibadah dan syariah yang dilandas faktor tauhidik kerana kalimah Allah bukan sekadar istilah tetapi ia terkandung makna dan hakikat.
Dan bagaimana Pas nanti berupaya mengolah dasar-dasar penting Islam sedang ianya terkait dengan isu tauhidik ini. Asas Qurani innaddi na'indallah hilIslam dan laqum deenukukum walya deen adalah yang sangat hebat memahami kewujudan kelainan agama dan bagaimana umat Islam menyantuni agama lain.
Yang berbeza ia tetap berbeza. Nilai-nilai interaktif yang diambil dari sumber yang sifatnya tidak menyalahi boleh digunakan dan sifat rahmah alamiah Islam harus memberi manfaat kepada yang Islam dan bukan Islam juga.
1 comment:
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor
Pada hemat saya yg tidak seberapa ni, Anwar tidak akan pening dgn isu hudud. Kerana saya yaking beliau akan menyokong DAP untuk menolak hudud. Sebagai seorang yang mempercayai Pluralisme, penyokong LGBT serta anaknya sendiri pendokong usaha murtad, tidak masuk akal sekiranya beliau harus berfikir panjang tentang sesuatu yang akan menggugat usaha beliau untuk menjahanamkan umat Melayu serta Islam khususnya.
ReplyDeleteAdakah seseorang penjenayah akan menyokong sesuatu undang-undang yg akan membinasakan dirinya sendiri?
Jadi, dalam fikiran saya walau bagaimana tegas pun PAS beretorik untuk melaksanakan hudud, ianya akan mendapat tentangan dari 2 parti Pakatan Rakyat. Saya yakin walaupun PAS mungkin dapat mengelak dari tekanan PKR namun apa yg jelas kita lihat PAS akan tetap akur dan tunduk menyembah bumi kepada DAP.
http://mycybertrooper.net.ms