Pages
▼
Monday, April 29, 2013
BN Pahang Bakal Lancar Akujanji
BENTONG – Barisan Nasional (BN) Pahang akan melancarkan akujanji Selasa ini demi membela rakyat dan membangunkan negeri ini ke arah lebih baik sekiranya terus diberi mandat selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Pengerusi Perhubungan BN Negeri, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob berkata, akujanji perlu dilancarkan pada waktu tepat iaitu beberapa hari sebelum hari pengundian supaya ia mudah diingati.
Menurutnya, manifesto yang mengandungi pelbagai perkara itu ringkas, padat dan mudah difahami semua rakyat negeri ini.
“Antara yang dimasukkan di dalamnya adalah pemberian air percuma sejumlah 30 meter padu kepada semua rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di negeri ini.
“Bekalan air itu boleh dimanfaatkan oleh seisi keluarga dalam lingkungan tiga atau empat orang dalam tempoh tiga minggu atau sebulan jika digunakan dengan betul,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penganugerahan Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Bantuan Persekolahan bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sulaiman. Selain pemberian air percuma, antara dimasukkan di dalam Aku Janji itu juga adalah berhubung pemberian hak milik geran tanah rumah ibadat bukan Islam.
Katanya, selama ini, kebanyakan rumah ibadat seperti kuil dan tokong dibina atas tanah rizab kerajaan dan tanah persendirian.
Dalam perkembangan sama, beliau menasihatkan masyarakat agar tidak mudah terpengaruh dengan maklumat disebarkan pada masa kini tanpa merujuk kepada sumber sah.
Beliau berkata, pada zaman dahulu penggunaan surat layang dipraktikkan untuk menyatakan ketidakpuasan hati kepada jabatan atau kerajaan, bagaimanapun pada masa kini, pendekatan lain seperti medium internet digunakan secara meluas untuk tujuan itu.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor