Pages

Tuesday, March 12, 2013

Dah Puas Menipu Di Kuantan, Dia Lari Ke Bentong Pulak!!!


Hah? Si Kahak Hijau tu nak bertanding kat Bentong? Marah sangat ke dia dengan Si Ketua Penipu tu sampai kerusi PKR pun dia nak rampas?

Mungkin disebabkan kenyataan Si Ketua Penipu tu dalam media antarabangsa sebelum ini membuatkan Si Wong Tictac ni nak ambik tindakan sedemikian.

Pendedahan dari The Age World menyatakan bahawa Si Ketua Penipu tu tetap akan membuka dan memberi sokongan kepada Lynas jika dapat merampas Putrajaya.

Yang herannya, kenapa dia tak nak bertanding di Kuantan? Bukan ke selama hari ini dia dok sibuk berkempen dengan orang di sana? 

Kalau nak ikutkan, dia kata dia ada ramai pengikut kat sana yang percaya dengan apa yang dia cakap. Jadi, kenapa dia tak nak bertanding dikawasan yang dia yakin boleh menang?

Atau dia sekarang ni dah rasa tak yakin untuk menang di Kuantan? Apa? Takut rakyat Kuantan tolak dia sebab banyak kali menipu diorang ke? 

Macam tajuk kat atas tu jugak la. Dia dah puas kencing rakyat kat Kuantan, sekarang dia lari la pulak ke Bentong. Kalau dia tinggal lagi kat Kuantan, ada jugak yang kena bakor pulak nanti!!! Hahaha...
KUANTAN: Presiden Himpunan Hijau, Wong Tack mengumumkan dia akan bertanding di kerusi Parlimen Bentong pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Dia berkata demikian selepas berbincang dengan ahli jawatankuasa pertubuhan itu pada minggu lalu dan mendapat persetujuan daripada pemimpin masyarakat.
Wong Tack akan mewakili suara rakyat terutamanya dalam isu alam sekitar.
"Orang ramai berjuang selama dua tahun menentang pembinaan Lynas dan beberapa projek berbahaya. 
Rakyat telah mengadakan bantahan demi bantahan, menghantar memorandum dan mengambil tindakan undang-undang. Namun, kami kecewa, suara kami tidak diendahkan," katanya.

1 comment:

  1. Hilang deposit si mangkuk ayun ni nanti...sejarah menunjukan yang setiap wakil rakyat Bentong dilantik jadi menteri {Chan Siang Sun jadi timbalan jer, kalau tak silap} dan kesemua mereka memberi khidmay yang baik, khususnya Lim Ah Lek. Jangan harap si wongtat ni nak dapat undi simpati dari aku dan kaum kerabat aku. Dulu kami ada undi undi protes zaman dollah bodohwi. Itu dulu, sekarang lain..tak kan nak malukan Dato Najib PM kita weh...wongtat calon parachut DAP/PR....go jump elsewhere and don't bring your thuggery attitude to us....we will be so embarass to have you represent us, what with burning down of Lynas factory and having no intellectual capacity to accept facts from learned people... Sheeesh piss off from Bentong wongtat

    ReplyDelete

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor