Saban hari kita saksikan kemarahan orang ramai melalui tunjuk perasaan secara aman bagi mengutuk kenyataan biadap Tian Chua berhubung pencerobohan pengganas di Lahad Datu. Kini orang ramai kecewa dengan sikap pimpinan Pakatan Rakyat yang 'membisu' dalam isu ini dan seolah-olah menzahirkan sikap dan diri mereka yang tidak berjiwa patriotik.
Orang ramai seluruh negara sangat kecewa dan 'mendidih' dengan gelagat Tian Chua, jangan sesekali lepaskan beliau dan tindakan tegas perlu diambil berhubung kenyataannya sebagaimana tersiar dalam akhbar Keadilan Daily baru-baru ini.
Pihak berkuasa juga perlu menyiasat individu yang sama nada dan 'gatal tangan' menjolok komen negatif dalam laman sosial seperti twitter, facebook dan blog terhadap pasukan keselamatan yang sedang berjuang mempertahankan kedaulatan negara.
"Kalau mereka mempolitikkan, memperlekeh serta menghina anggota tentera dan polis, maka mereka merupakan orang yang langsung tiada hati perut kerana apa yang dilaksanakan tentera dan polis bukanlah sandiwara politik sebagaimana yang mereka tuduh" kata Dato Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan.
Kebanyakkan peserta demontrasi yang membantah kenyataan Tian Chua menuntut diwujudkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat 'dalang'
di sebalik pencerobohan pengganas asing yang sehingga kini telah mengorbankan banyak
nyawa anggota keselamatan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor