Pages

Tuesday, March 12, 2013

BAPA SAIFUL 'HERO' KES LIWAT

MASIHKAH KAU INGAT?
Pengakuan bapa Mohd Saiful Bukhari menggemparkan negara dan orang ramai hairan kenapa Bapa Mohd Saiful , Azlan Mohd Lazim tidak menghalang Mohd Saiful daripada membuat sumpah laknat serta meneruskan dakwaan di mahkamah berhubung dakwaan diliwat.

Pengakuan bapa Mohd Saiful dilihat tidak memberi kesan langsung kerana bapanya bukanlah empunya diri yang mengadu diliwat. Namun dalam sebuah negara demokrasi, bapanya berhak mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan lupa bahawa Mohd Saiful juga berhak mempertahankan pengakuannya bahawa dia diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kemunculan bapa Mohd Saiful tidak memberi kesan apa-apa kerana beliau bukan saksi berwibawa dalam kes yang berlangsung selama 3 tahun.  Malahan pengakuan bapa Mohd Saiful tidak mampu menutup kes liwat dan tidak dapat membersihkan apa-apapun. Lainlah kalau Mohd Saiful sendiri yang tarik balik kenyataannya sebelum ini, barulah Anwar Ibrahim nampak bersih.

Kes liwat adalah isu peribadi antara Mohd Saiful dan Anwar Ibrahim. Semoga Mohd Saiful terus tabah dan istiqamah untuk membersihkan maruahnya dan meneruskan perjuangan dalam menegakkan kebenaran. Kita sebagai insan terharu apabila mendengar doa dan rintihan seorang anak bernama Mohd Saiful "walau apapun berlaku, saya yakin kepada ALLAH S.W.T..yang benar tetap benar.. Kebenaran tidak dapat dihapuskan walau apa sekalipun. Saya akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali pada jalan Allah, kebenaran, pertahankan anak kandungnya yg menjadi mangsa".

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor