Merujuk kepada artikel
yang disiarkan oleh laman pembangkang, Suara PR, Wan Azizah dikhabarkan akan
mengadakan sidang media bersama dengan Shamsidar Taharin minggu depan bagi
membersihkan nama masing-masing yang dikaitkan dengan kisah cinta empat segi
senget antara Anwar, Azizah, Azmin dan Shamsidar.
Sebagai pemerhati
politik, penulis sekadar ingin menasihat para penyokong PR agar tidak terlalu
menaruh harapan yang sidang media itu akan menjadi kenyataan. Sudah
terlalu banyak kali penyokong-penyokong PR dihampakan dengan adegan-adegan
‘stunt’ tak jadi oleh pemimpin-pemimpin mereka.
Bermula dari saman
terhadap Chandra Muzaffar dan kini Nallakarupan yang difail tetapi tidak
diserahkan, sehinggalah kepada keengganan menjelaskan ke mana hilangnya jam
Omega, mengacah konon ingin bersumpah dan penubuhan kerajaan 16
September, maka penulis rasa cukup-cukuplah penyokong-penyokong PR diperdaya.
Semua
pemimpin-pemimpin atasan Pakatan Rakyat tahu bahawa Wan Azizah dan Shamsidar
sudah lama tidak bertegur sapa. Semua orang tahu, Wan Azizah tidak akan
menghadiri program di mana Shamsidar juga menghadirinya. Sekiranya
mereka terserempak, mereka akan bermasam muka. Ketegangan antara mereka
sudah tidak boleh disembunyikan lagi. Itu hakikat.
Wan Azizah juga tidak
begitu ‘ngam’ dengan Azmin dan cukup menyampah apabila pada suatu ketika dulu,
Azmin gemar benar memakai baju yang sama dengan Anwar, suaminya.
Maka, untuk seorang
penulis di Laman Suara PR cuba menipu kita dengan kisah dongeng keakraban kedua
wanita ini menunjukkan betapa Pakatan Rakyat kini bagaikan lemas dalam peluru
yang bertali arus sama ada ditembak musuh atau tertembak sendiri tanpa sengaja.
Jika benar Wan Azizah
dan Shamsidar akan membuat sidang media bersama, kenapakah berita ini tidak
datang dari kedua-dua mereka sendiri dan dilaporkan oleh media rasmi mereka?
Kenapakah hanya Laman Suara PR yang menghebahkannya?
Malah mereka juga
berdiam diri apabila khabar kononnya Umi Hafilda mempunyai bukti bergambar
hubungan Anwar-Shamsidar dihebahkan oleh laman yang sama.
Nampak sangat ini
adalah usaha terdesak PR untuk menangkis peluru yang dilontarkan Nallakarupan.
Tentu sekali PR sedar, jika tiada langsung usaha untuk menjawab persoalan
mengenai hubungan intim Anwar-Shamsidar atau hubungan dingin Azizah-Shamsidar
maka rakyat akan melihat bahawa kisah cinta 4 segi senget lagi songsang
keluarga mereka adalah benar belaka.
Perkembangan ini
meletakkan PR dalam keadaan serba tak kena. Jika didiamkan maka penyokong
akan mula meragui mereka, tetapi jika diberi respon maka mereka mungkin akan
terjerat diri sendiri.
Kerana itu, penulis
yakin, sidang media Azizah-Shamsidar tidak akan berlaku. Ia hanyalah
propaganda politik sementara menunggu idea baru untuk menangkis isu.
Akhirnya, mereka terus-terusan menipu kita serta menjadikan janji mereka hanyalah paslu semata-mata. Apakah kita harus mempercayai lagi mereka yang seperti ini? Tentu tidak sama sekali!
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor