WALAUPUN situasi ini
agak jarang berlaku – ahli PKR sendiri mendesak pemimpin tertinggi berundur, kita
janganlah dilalaikan kononnya demokrasi yang sebenar sudah wujud dalam PKR.
Kenyataan media semalam oleh beberapa ahli jawatankuasa PKR Ampang yang
diketuai Ketua Penerangannya, Mohd Isa Mohd Saidi sebenarnya adalah
permulaan kepada perebutan kerusi mana yang patut ditandingi dalam pilihanraya
umum akan datang.
Dalam kes Mohd Isa,
beliau sedang mengintai kerusi Bukit Antarabangsa yang kini diduduki Azmin.
Justeru tidak hairan
kenapa Mohd Isa berani mengambil kesempatan dari pelbagai dakwaan salahguna
kuasa, pemilikan saham sehingga hubungan seks antara isteri Azmin dengan Anwar
Ibrahim satu ketika dahulu untuk mendesak Azmin menjelaskan situasi sebenar
atau meletakkan jawatan!!
Mohd Isa tahu, inilah
masa yang sesuai untuk pencalonan bagi kerusi Bukit Antarabangsa yang
diidamkannya itu jatuh ke tangannya kerana maklumat menunjukkan dia telah
mempromosikan dirinya sebagai bakal wakil rakyat di kawasan tersebut sejak
beberapa tahun sudah.
Dengan PKR akan
mengamalkan konsep satu calon untuk satu kerusi, Mohd Isa rasa dia berhak dan
layak untuk bertanding disitu, tapi apabila Azmin dilantik mengetuai PKR
Selangor (permulaan kepada meletakkan Azmin sebagai MB Selangor), kedudukkan
Mohd Isa sudah mula tergugat. Maka itu seperti yang diterangkan di atas,
Mohd Isa mengambil kesempatan dari kekecohan yang berlaku sekarang untuk
kepentingan dirinya dan segelintir ahli jawatankuasa Cabang Ampang yang telah
diperalatkannya.
Kita semua perlu
difahamkan, pertandingan kali ini berbeza dengan 2008. Pada 2008, hanya
segelintir sahaja yang menjangkakan BN akan kalah teruk, hilang beberapa
negeri dan hilang majoriti 2/3 di Parlimen. Tidak terkecuali pembangkang.
Sebab itu ntah siapa-siapa diangkat menjadi calon tapi akhirnya menang!
Pendek kata, dulu tak
siapa hairan nak jadi calon pembangkang tapi sekarang berbunuhan pun sanggup,
kalau diperlukanlah.
Jadi tidaklah mustahil
untuk situasi yang tidak menyebelahi Azmin kali ini, digunakan oleh pihak-pihak
tertentu dalam PKR sendiri untuk menjatuhkannya. Penulis tidak hairan
kalau apa yang dilakukan Cabang Ampang ini adalah satu kepada permulaan yang
lebih besar. Malah telah juga disebutkan semalam, beberapa cabang lain
dalam negeri Selangor juga akan mendesak Azmin berbuat perkaran yang sama.
Azmin terlupa, dia tidak
boleh selamanya menjadi ‘untouchable’ dalam PKR. Dulu mungkinlah kerana
kurang sangat orang yang nampak potensi PKR ini pada satu ketika akan berjaya
juga membentuk kerajaan. Tapi tsunami 2008 mengubah keadaan itu.
Semut mana yang tidak
tertarik kepada gula ya tak.
Penulis tahu, Azmin
tidak mungkin tampil menjelaskan segala tuduhan yang telah dilemparkan kepada
dia dan isterinya Shamsidar. Ambil yang mudah cukup, saham. Tak
sampai 1 hari dia mencabar supaya bukti pemilikan sahamnya didedahkan, bekas
Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari tampil dengan bukti tersebut.
Silap-silap, kalau dia
mengulangi cabaran supaya Nalla atau Ummi mengemukakan bukti yang isterinya
pernah melakukan zina dengan Anwar (dalam pengetahuannya), berkeping-keping
gambar dan video akan ditunjukkan kedua Nalla dan Ummi untuk menyahut cabaran
Azmin.
Kalau itu berlaku, apa
pilihan yang Azmin ada? Sudah tentu tidak ada pilihan lain, melainkan
mengundurkan diri atau memujuk Anwar tampil dengan kenyataan yang sebenarnya
tidak menjawab persoalan yang dikemukakan.
Dalam isu pemilikan
saham ini pun, sehingga sekarang Azmin tidak berbunyi apa-apa, ini pulak lagi
nak cakap soal zina isterinya dengan Anwar?
Jadi Mohd Isa
sebenarnya mengambil tindakan yang betul dalam mendesak Azmin kerana Mohd Isa
pun tahu Azmin tidak akan berbunyi apa-apa mengenai dakwaan zina Anwar dengan
isterinya. Soal saham itu mungkin, sebab dokumen boleh dinafikan
ketulenan dan apa lain yang berkaitan sehingga memakan masa bertahun-tahun.
Lagipun apa masalah dapat
saham?
Berbeza pula dengan
tuduhan yang satu lagi. Itu boleh menjadi persepsi yang besar yang bukan
sahaja menjatuhkan imej dirinya, tapi keluarganya dan Anwar juga sebab bukti
kepada perlakuan tersebut sudah menjelma menjadi seorang gadis dewasa kini.
Nak lari kemana?
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor