Saranan Dato’ Seri Anwar
Ibrahim untuk menghapuskan PTPTN mendapat reaksi pelbagai di kalangan
masyarakat. Ada yang marah, terkejut dan menggeleng-gelengkan kepala
memikirkan apakah Anwar sudah gila akhirnya?
PTPTN adalah skim yang
ternyata baik untuk rakyat dan kerana adanya PTPTNlah maka kita melihat begitu
ramai anak Malaysia yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian
Tinggi tidak kira awam mahupun swasta.
Menurut Anwar,
beliau sedia maklum akan implikasi dari menghapuskan PTPTN tetapi
pembangkang memegang kepada prinsip pembelajaran percuma kepada semua rakyat
Malaysia. Namun, Anwar juga mengakui yang pihaknya belum lagi memikirkan
secara terperinci mengenai perlaksanaan cadangan tersebut.
Anwar juga menegaskan
bahawa beliau memahami angka-angka yang terlibat.
Kita merasa amat
sangsi akan kemampuan Anwar memahami angka, bukan hanya kerana beliau mempunyai
latarbelakang pendidikan Pengajian Melayu dengan kelulusan atas pagar tetapi
kerana seorang yang mampu memahami angka tidak mungkin akan mencadangkan
sesuatu yang tidak masuk akal seperti menghapuskan PTPTN.
Sedarkah Anwar bahawa
bukan sahaja pelajar, tetapi Insititusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia,
terutamanya swasta juga bergantung kepada PTPTN. Sebanyak lebih kurang
RM40 – RM50 billion diperlukan untuk menampung kos Pusat-pusat pengajian tinggi
di Malaysia yang mana termasuk bayaran pensyarah, penyelenggaraan dan operasi
keseluruhan. Kabinet baru-baru ini telah meluluskan dana tambahan
sejumlah RM6 billion untuk PTPTN 2012/2013.
Dengan kos yang begitu
tinggi, kolej atau Universiti swasta akan terjejas teruk jika PTPTN dihapuskan
kerana pelajar-pelajar mereka yang majoritinya terdiri dari bukan Melayu, amat
bergantung kepada dana ini untuk melanjutkan pelajaran. Kaum Melayu mungkin
masih mempunyai alternatif lain seperti MARA ataupun pinjaman JPA tetapi ia
pastinya terhad dan tidak mampu menampung kesemua pelajar yang layak mendapat
bantuan.
Oleh itu, PTPTN adalah
satu-satunya opsyen terbaik bagi pelajar-pelajar ini mendapatkan bantuan
kewangan.
Terdapat 21 IPTA dan
49 IPTS (termasuk dengan kolej universiti dan cawangan universiti luar negara)
di Malaysia. Kesemua mereka dianggarkan menerima 200,000 lebih pelajar
setiap tahun.
Tanpa PTPTN,
dianggarkan 90% dari IPTS akan tutup kerana kolej-kolej ini amat bergantung
kepada yuran yang dibayar oleh pelajar-pelajar bagi membolehkan mereka terus
beroperasi. Jika kemasukan pelajar merosot akibat tiada kemampuan,
pastinya IPTS juga akan akhirnya terpaksa gulung tikar.
Seterusnya, ia akan
membawa kepada masalah pengangguran dan akhirnya masalah sosial di dalam
masyarakat kerana ramai lulusan SPM dan STPM tidak mampu melanjutkan pelajaran
dan sukar mendapat pekerjaan.
Begitu juga dengan
para pensyarah dan pekerja-pekerja di IPTS yang telah ditutup.
Bagaimanakah dengan nasib mereka?
Nampaknya Anwar tidak
berfikir panjang apabila menyarankan agar PTPTN dihapuskan. Tidak
mungkin kerajaan mampu memberi pendidikan 100% percuma kepada ke semua 200,000
pelajar di semua 70 IPTA dan IPTS di seluruh negara dan menanggung kos operasi
secara keseluruhannya. Bukankah dengan memberi pinjaman PTPTN maka
pelajar-pelajar juga secara tidak langsung dapat belajar memikul tanggungjawab
dan mengatur perbelanjaan sendiri sebagai persediaan menjadi seorang dewasa
yang berguna?
Mungkin Anwar terlepas
pandang semua ini kerana terlalu sibuk memikirkan bagaimana beliau boleh
termakan umpan Nallakarupan baru-baru ini.
Elok dibuat kajian, dengan berrtambahnya IPTS bak cendawan tumbuh, maka ramailah rakyat yang menjadi geraduan. Berapa banyak pula geraduan yang menggangur dan tidak dapat tempat dalam pekerjaan dan mengakibatkan tidak dapat membayar kembali pinjaman PPPTN. Minta pihak kerajaan membuat penilaian sebelum meluluskan pertambahan IPTS agar lambakan geraduan menggangur dapat diminimakan. Apalah guna jadi geraduan tapi tak dapat pekenaan dan terpaksa membayar hutang PPPTN.
ReplyDelete