Pemimpin pembangkang
sekarang makin lama makin mereng otaknya, ada saja isu yang mereka rekacipta
untuk kepuasan sendiri tanpa mengira logik atau tidak setiap isu yang mereka
spekulasikan itu.
Perihal Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memangku jawatan Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat pun boleh mereka jadikan isu dengan menggambarkan
kononnya isteri PM, Datin Seri Rosmah akan menguasai kementerian tersebut
secara tidak langsung.
Dengan kata lain,
pembangkang cuba menanam keyakinan umum kononnya PM tidak mempercayai pemimpin
wanita UMNO yang lain untuk mengambil alih jawatan Menteri yang sebelum ini
dijawat oleh Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Melihat kepada
spekulasi yang digembar gemburkan oleh pemimpin pembangkang itu, ternampak
jelas tujuan mereka hanyalah untuk merosakkan reputasi PM dan isterinya di mata
rakyat.
Resam pemimpin
pembangkang sejak dulu hingga sekarang rutin hariannya mencipta isu, misal kata
kalau PM melantik Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim ke jawatan
tersebut, mereka akan mengatakan PM menyebelahi Kamilia untuk menjatuhkan
Shahrizat.
Jika Ketua Puteri UMNO
pula dilantik ke jawatan Menteri, PM akan di tuduh sengaja menafikan hak
pemimpin Wanita UMNO.
Apa saja langkah PM
tentu saja akan dijadikan isu dan dispekulasikan mengikut kemahuan pembangkang
sementelah pula tabie penyokong bawahan mereka ramai dari jenis makan bersuap
tanpa soal jawab, lagilah mudah untuk terima buta tuli setiap isu yang
dibangkitkan oleh pemimpin mereka.
Sedangkan semua maklum,
langkah PM memangku sementara jawatan tersebut bertitik tolak daripada
permintaan Wanita UMNO sendiri sewaktu perjumpaan tempohari bertujuan untuk
memperkukuhkan perpaduan Pergerakan Wanita UMNO.
Sebenarnya, pemimpin
pembangkang tahu apabila jawatan kementerian tersebut dipangku sementara oleh
PM ianya akan meningkatkan semangat ahli Pergerakan Wanita UMNO untuk fokus
pada gerakan menghadapi pilihanraya.
Tidak timbul isu
Rosmah akan mengambil alih jawatan tersebut atau menguasainya secara tidak
langsung, lagipun dalam sejarah UMNO mahupun BN tidak pernah sesekali
melibatkan isteri dalam urus tadbir negara, negeri atau parti.
UMNO dan BN bukannya
seperti PKR mahupun pun DAP yang menjadikan parti sebagai milik keluarga.
Dalam PKR, yang
struktur partinya pelik dan luar tabie dapat kita saksikan bagaimana sang
suami, isteri dan anak begitu menguasai parti semacam menguruskan syarikat
milik keluarga sendiri.
Mana tidaknya, tatkala
Ketua Umum PKR adalah Anwar Ibrahim, Presiden parti pula ialah isterinya, Wan
Azizah dan anak sulung Anwar, Nurul Izzah pula dilantik sebagai Naib Presiden
parti manakala Timbalan pula dipegang oleh kroni paling rapat, Azmin Ali.
Bukankah itu
menunjukkan PKR adalah antara parti politik yang paling unik, pelik dan luar
tabie di Malaysia dan kebetulan pula PKR tidak sendirian kerana DAP juga
mempunyai tabiat sedemikian sejak sekian lama apabila ahli keluarga sendiri
saja yang dipercayai untuk memegang jawatan tertinggi parti.
Lim Kit Siang yang
sudah hampir 40 tahun menguasai DAP bukan sahaja telah meletakkan anak
kesayangannya sebagai Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang malah
menantu tersayangnya Betty Chew juga diberi kepercayaan mewakili DAP bagi DUN
Kota Laksamana, Melaka.
Sementara itu,
Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan sejak 22 tahun lalu juga
tidak sunyi dalam hal membabitkan keluarga dalam urusan parti dan kerajaan
negeri. Menantu Nik Aziz, bukan sahaja telah dilantik sebagai CEO Perbadanan
Menteri Besar Kelantan (PMBK) malah dalam percaturan untuk PRU akan datang juga
sedang diura-urakan akan menjadi calon di salah satu kerusi Dewan Undangan
Negeri.
Manakala anaknya, Nik
Abduh pula pernah dilantik sebagai ahli jawatankuasa dalam Majlis Perbandaran
Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) selama 8 tahun sebelum meletak jawatan
pada Februari 2011 berikutan isu kroni anak menantu Nik Aziz dalam pentadbiran
kerajaan negeri selain turut memegang jawatan dalam sayap kanan Pas sebagai
Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat hingga kini.
Selain Nik Abduh, seorang
lagi pemimpin Pas yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Nik Aziz ialah
besannya iaitu Abdul Fatah Harun yang juga wakil rakyat DUN Bukit Tuku,
Kelantan.
Tapi pernahkah isu
nepotisme dan kronisme yang disebutkan itu menjadi isu hangat dalam parti
pembangkang? Jawabnya tidak, kerana pembangkang seperti PKR, DAP dan Pas hanya
pandai selak kain orang dan kerapkali lupa melihat dalam kain sendiri walau
sebenarnya kain yang mereka pakai itu bukan sahaja koyak rabak malah seluar
dalamnya bercompang camping, huduh kelihatan.
Pendek kata, disebalik
spekulasi dan isu yang cuba pembangkang gembar gemburkan sekarang ini ianya
hanyalah umpama kata dulang paku serpih, sibuk mengata orang diri mereka yang
terlebih-lebih. Sibuk mengata pasal isteri PM, rupa-rupanya pembangkang terlupa
yang merekalah sebenarnya adalah juara dalam hal-hal sedemikian.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor