Pages

Monday, March 26, 2012

JKM Perbanyak Program Bantu Golongan Miskin Di Kawasan Terpencil - Shahrizat


Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memperbanyakkan lagi program pendampingan sosial atau outreach untuk membantu kumpulan sasaran, termasuk komuniti India miskin di kawasan terpencil, kata Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata program yang diketuai oleh Ketua Setiausaha kementerian Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur itu akan memastikan tiada komuniti yang tertinggal dalam menerima bantuan daripada kerajaan.

"Menerusi program outreach ini kita sendiri akan kenal pasti dan mencari mereka untuk menghulurkan bantuan (terutama) kepada golongan yang tidak tahu bagaimana untuk berhubung dengan JKM," katanya selepas merasmikan program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Karisma) 1Azam Uyarvom.

Terdahulu dalam ucapannya, Shahrizat berkata setakat ini kementerian telah membantu seramai 3,412 kaum India di seluruh negara keluar dari kepompong kemiskinan melalui program Azam Niaga dan Azam Khidmat dengan peruntukan berjumlah RM17.1 juta.

Beliau berkata seramai 738 peserta Azam Niaga dan Azam Khidmat Kaum India di Selangor dan Kuala Lumpur menerima barangan permulaan perniagaan (start-up kit) pada program Karisma 1Azam Uyarvom.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor