Pages

Monday, March 26, 2012

Ikrar Wanita UMNO


Pergerakan Wanita Umno berikrar memberikan sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan diadakan dalam masa terdekat sebagaimana dibayangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua pergerakan itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata kaum wanita amat menghargai kestabilan politik, perpaduan kaum dan pembangunan ekonomi yang sentiasa menjadi perhatian kepimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno.

"Saya yakin bahawa pengundi wanita untuk PRU-13 akan bagi sokongan yang hebat kepada Perdana Menteri dan kepimpinan beliau. Isu-isu wanita mendapat pembelaan yang tiada tolok bandingannya kerana semuanya diambil tahu,"

Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata tiada sebab untuk kaum wanita terutamanya Wanita Umno tidak menyokong kepimpinan Najib.

Shahrizat berkata beliau akan bertemu dengan ketua-ketua wanita Umno negeri untuk mendapatkan senarai nama calon PRU13 dalam masa terdekat.

"Ini merupakan pertemuan terakhir untuk mendapatkan senarai nama calon yang sebenarnya sebelum dikemukakan kepada Perdana Menteri," katanya.

Mengenai pertambahan calon wanita Umno pada PRU13, beliau berkata inilah yang diharapkan namun masih belum dapat diputuskan.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor