Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu segera mengheret Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan ke mahkamah agar tuduhan beliau seorang biseksual dapat dibuktikan benar atau sebaliknya.
Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST), Dr. Chandra Muzaffar berkata, Anwar hendaklah berbuat demikian sekiranya beliau memiliki keberanian untuk menafikan tuduhan Nallakaruppan.
"Pada pandangan saya, Anwar tidak akan teragak-agak mengemukakan saman terhadap Nallakaruppan jika beliau benar-benar serius ingin mempertahankan nilai moralnya.
"Memandangkan Nallakaruppan tidak mahu memohon maaf, kini terpulang kepada Anwar untuk memfailkan kes saman di mahkamah atau tidak," jelasnya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Nallakaruppan mencabar Anwar secara terbuka pada sidang akhbar semalam supaya mengambil tindakan undang-undang terhadapnya seawal minggu hadapan bagi membolehkan segala bukti yang menyokong dakwaan biseksual itu dapat didedahkan di mahkamah.
Anwar Ibrahim mana berani nak saman Nallakaruppan sebab apa yang dikatakan oleh Nallakaruppan memang tepat dan padat. Kalau Anwar saman, pecahlah segala rahsia berkaitan kehidupan peribadinya. Rakyat Malaysia tidak perlukan pemimpin biseksual seperti Anwar Ibrahim.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor