Dalam wawancara dengan portal berita Malaysiakini, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, pembangkang akan melantik seorang 'Perdana Menteri sementara' jika mereka berjaya membentuk kerajaan ketika beliau menjalani hukuman nanti.
Malah, beliau juga tidak menjangka dipenjarakan begitu lama walaupun hukuman bagi dakwaan mengikut Seksyen 377 (B) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan pemenjaraan sehingga 20 tahun.
''Kita ada bincang perkara ini dengan pemimpin pakatan (sekiranya dipenjarakan). Tapi adakah itu masalah sebenar? Tidak. Sebab jika kita menang, akan ada seorang PM sementara.
"Tentulah saya mahu sebaik kita menang, saya tidak akan dipenjara untuk begitu lama," katanya dalam wawancara tersebut.
Beliau mengambil contoh tindakan yang dilakukan Parti AK di Turki, apabila parti tersebut memenangi pilihan raya pada 2002 ketika pemimpin parti mereka, Recep Tayyip Erdogan dipenjarakan.
Pada masa itu jawatan Perdana Menteri sementara disandang oleh Abdullah Gul dan beliau berjaya melaksanakan pindaan undang-undang untuk membenarkan Erdogan kembali menyertai politik dan mengambil alih jawatan sebagai perdana menteri.
Sementara itu ketika menyampaikan ceramah di Machang, malam tadi, Anwar melahirkan keyakinan akan dibebaskan daripada penjara jika pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan baru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Sehubungan itu, Ketua Pembangkang tersebut mahu jentera pakatan rakyat bergerak habis-habisan bagi memastikan mereka memenangi setiap kerusi yang ditandingi supaya dapat membentuk kerajaan dan seterusnya membebaskan beliau daripada penjara.
Tinggi betul angan angan Anwar Ibrahim ni. Selepas ni Malaysia bakal mencatat sejarah apabila PM Malaysia bakal mentadbir bukan dari Putrajaya sebaliknya daripada Penjara Sg Buloh. Cuba bayangkan seorang PM yang tidak dapat berjumpa rakyat Malaysia, tidak dapat melihat realiti sebenar suasana negara, yang hanya memberi arahan melalui tirai besi. Hebat bukan ?
Mungkin kalau pemimpin negara lain datang melawat Malaysia, mereka tidak lagi berjumpa di Putarajaya atau Kediaman Rasmi PM sebaliknya hanya berjumpa dan berbincang di Penjara Sg Buloh! Suatu kenangan yang memang tidak dapat dilupakan oleh delegasi asing terbabit.
Dan selepas ini, mana mana penjenayah yang dihukum penjara, tidak lagi memerlukan peguam sebaliknya hanya memerlukan parti politik untuk membebaskan diri daripada penjara. Cukup hanya berjumpa dengan PM Malaysia, minta dilepaskan daripada hukuman.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor