Pages

Saturday, January 7, 2012

DEMO 901 - POLIS BERSIKAP TERBUKA DAN BERTOLAK ANSUR




Selalu pihak pembangkang membuat tohmahan bahawa pihak berkuasa keselamatan tidak telus dan tidak berlaku adil terhadap mereka. Kononnya setiap kali mereka ingin adakan perhimpunan pihak polis tidak meluluskan permit untuk mereka berbuat demikian.

Justeru, untuk mereka merealisasikan demonstrasi 901 kali ini pihak polis telah memberikan kebenaran bersyarat supaya perhimpunan berkenaan tidak akan menganggu dan merosakan harta-benda awam. Selalunya apabila berlaku perhimpunan, penganjurnya tidak mampu untuk mengawal keadaan sehingga menimbulkan kekacauan.

Rusuhan Bersih dahulu telah menyaksikan bagaimana keganasan perusuh-perusuh berlaku dengan menganggu dan merosakkan harta awam dan bahkan tidak mematuhi arahan polis selain dari melakukan provokasi dan bertempur dengan pihak polis.

Kita lihat sejauh mana pihak pembangkang dan Azmin sendiri (Bakal PM Sementara) dapat mengawal keadaan dan penyokong-penyokongnya. Khabarnya penyokong yang hadir pada hari berkenaan dibayar diantara RM250 - RM400 disamping dibekalkan sehelai T-Shirt.


KUALA LUMPUR 6 Jan. - Polis Kuala Lumpur hari ini membenarkan penganjur Kempen Bebaskan Anwar 901 mengadakan perhimpunan di tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada Isnin depan dengan syarat, ia berlangsung dalam keadaan aman dan teratur.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh selepas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.

Sehubungan itu, orang awam yang ingin berurusan di kompleks mahkamah tersebut pada berkenaan diminta meletakkan kenderaan masing-masing di Stadium Hoki Jalan Duta atau Bangunan Matrade.

Tempat letak kereta di kompleks tersebut akan ditutup sepenuhnya kepada pengguna kenderaan awam manakala tempat letak kereta di bahagian dalam kompleks itu hanya dikhaskan kepada kakitangan mahkamah dan hakim-hakim sahaja.

''Hasil pertemuan antara polis dengan Azmin dan beberapa lagi ahli PKR, kedua-dua pihak mencapai kata sepakat dan antaranya, polis membenarkan perhimpunan itu diadakan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2011 yang telah diluluskan di Parlimen, baru-baru ini," katanya pada sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur selepas selesai pertemuan dengan Azmin.

Dalam pada itu, Azmin pada sidang akhbar yang sama memberi jaminan perhimpunan tersebut akan berjalan secara aman dan teratur. (Klik ke Utusan Malaysia Online)


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor