Pages

Saturday, January 7, 2012

Kanak Kanak Dari Keluarga Miskin Terima Hadiah Basikal


Lebih 100 kanak-kanak di sekitar Kampung Belukar di sini menerima sumbangan basikal dan baucer membeli-belah barangan kelengkapan sekolah sempena acara Letour Debluecore baru-baru ini.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif di Sekolah Kebangsaan (SK) Belukar di sini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inderapura berkata, keseluruhannya sebanyak 115 buah basikal dan 100 baucer beli-belah diberikan kepada kanak-kanak di kawasan itu.

"Sumbangan ini diharap dapat membantu ibu bapa terutama golongan yang kurang berkemampuan meringankan perbelanjaan dalam menguruskan persekolahan anak- anak mereka.

"Mereka harus bersyukur dengan bantuan ini walaupun ia tidak sebesar mana namun masih mampu ringankan beban," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Pada majlis tersebut juga lebih 200 penduduk kampung termasuk pelajar yang menerima sumbangan basikal berkonvoi mengayuh basikal sekeliling kampung bagi menyampaikan baucer kepada para penerima.

Turut serta pada majlis berkenaan ialah pelumba basikal negara, Anuar Manan dan Ketua Kampung Belukar, Hassan Mohamad.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor