Pages

Sunday, December 25, 2011

CINTA MUKABUKU YANG MENJERAT

Liana hanya bermodalkan gambar seksi di laman sosial - sumber myMetro


Seorang gadis telah berjaya memujuk hati lebih 30 orang lelaki dan mendapatkah wang puluhan ribu ringgit dengan 'menjual' kata-kata cintanya dilaman facebook, demikian lapor akhbar myMetro.

Justeru semua pihak diingatkan agar berhati-hati dalam menggunakan laman sosial facebook agar tidak hanyut dan terperangkap dengan kata-kata manis dan pujuk rayu. Ini bukan saja berlaku terhadap kaum lelaki oleh pujukan wanita, bahkan terdapat juga kaum lelaki yang menuturkan ayat-ayat manis untuk memujuk wanita sama ada anak dara mau pun janda dan bahkan isteri orang.

Yang terbaik adalah hanya 'add friend' kepada mereka yang benar-benar kita kenali serta hanya orang-orang yang boleh kita percayai saja. Kita patut juga abaikan dari 'add' mereka-mereka yang tidak menggunakan nama sebenarnya kerana pasti mereka ada niat tersembunyi dengan tidak menyerlahkan identitinya sendiri.

Media Sosial haruslah digunakan dengan cara bijak kerana ianya dibina adalah untuk memberikan kebaikan sebagai jaringan media bukan untuk sebarang tujuan buruk dan jahat.

myMetro -

KUALA LUMPUR: Mangsanya hampir 30 lelaki yang sanggup menyerahkan puluhan ribu ringgit hanya kerana tergoda dengan kata-kata cintanya dalam laman sosial Facebook (FB).
Gadis itu yang hanya mahu dikenali sebagai Liana mengakui menggunakan kepakarannya mengayat ramai lelaki bagi mendapatkan wang mereka untuk berfoya-foya, termasuk melancong keluar negara.

Dia yang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menafikan mereka yang terjebak termasuk artis yang baru mencipta nama, bahkan beberapa adik kepada artis terkenal turut menjadi mangsa selain yang berkerjaya penting sebagai jurutera, jurujual dan eksekutif syarikat swasta.



Secara jujur, Liana berkata, perceraian ibu bapa menjadi punca dia melakukan perbuatan itu untuk membalas dendam, terutama bapanya yang banyak mengabaikannya, manakala ibu pula sibuk dengan kerjaya harian sebagai eksekutif syarikat.

Katanya, dalam sebulan, dia mampu meraih dua tiga ribu ringgit hanya berbekalkan air liur untuk menggoda lelaki yang bagaikan terpikat dengan pesona menarik gambar yang dipaparkan dalam laman sosial itu.


Malah, katanya, dia tidak pernah menyesal dengan apa dilakukannya, sebaliknya mampu melepaskan tekanan akibat kesunyian dengan menggoda lelaki.... (Klik Sini)

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor