Pages

Sunday, December 25, 2011

BOB LOKMAN BUAT ONAR DI PAHANG?



Kuantan - Bob Lokman atau nama sebenar Mohd Hakim Lokman seorang pelakon dan kini bergerak sebagai penceramah pakatan pembangkang telah diberi notis oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kerana disyakki melakukan kesalahan menyampaikan ceramah tanpa tauliah.

Beliau disyakki melakukan kesalahan berkenaan Masjid Taman Sri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang selepas solat Maghrib bermulla jam 8 malam.

Sebelum ini, beliau juga pernah dituduh melakukan perkara sama dan menerima waran tangkap Jabatan Agama Islam Selangor namun gagal hadir untuk memberi keterangan berkaitan ceramah agama tanpa tauliah 2 bulan lalu.



Sinar Harian -
KUANTAN – Bok Lokman, bekas pelakon, kini terkenal sebagai penceramah bebas dalam kalangan pembangkang, semalam diberi notis oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kerana disyaki menyampaikan ceramah tanpa tauliah.

Beliau disyaki menyampaikan ceramah di hadapan jemaah Masjid Taman Sri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang dekat sini, selepas solat Maghrib. Ceramah itu bermula jam 8 malam dan tamat lebih sejam kemudian.

Sebaik sahaja selesai, Bob Lokman, atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, didekati seorang kakitangan Jaip dan mereka dilihat berbincang di beranda masjid.....(Klik Sini)


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor