Kerajaan dan sistem kehakiman negara sentiasa bersikap profesional dan telus. Tohmahan pembangkang menyatakan bahawa kerajaan dan sistem kehakiman negara tidak bersih adalah tidak benar sama sekali.
Dr. Khir Toyo yang telah didapati bersalah oleh Mahkamah Shah Alam semalam dan dijatuhkan hukuman telah membuktikan bahawa sistem perundangan kita sentiasa sentiasa telus dan berlaku adil kepada semua pihak.
Dalam kes NFC, SPRM telah menubuhkan Pasukan Khas untuk menyiasat dan terkini khabarnya Pengerusi NFC akan dipanggil untuk memberi keterangan. Ini juga petanda bahawa kerajaan sentiasa bersikap telus dalam semua hal.
Justeru pihak pembangkang disaran supaya menghentikan fitnah dengan menyatakan kerajaan sentiasa melindungi segala kepincangan yang dilakukan. Bahkan pihak pembangkang juga disarankan supaya mencontohi kerajaan dan bersikap lebih bersih dan telus dengan tidak melindungi mana-mana pemimpinnya yang melakukan sebarang salah-laku.
Pengerusi NFC dipanggil beri keterangan kaitan kes - (Berita Harian OnLine)
KUALA LUMPUR: Pasukan khas yang ditubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat kes berkaitan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) di sini, kelmarin memanggil Pengerusi NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail untuk diambil keterangan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor