Pages

Saturday, July 16, 2011

PROMOSI BERBASIKAL 'MOH KAYUH KE LUBUK YU' PULIHKAN DESTINASI BERKENAAN




Jerantut - Malam semalam 15hb. Julai 2011, YB Dato' Hj. Shafik Fauzan, Pengerusi Exco Pelancongan dan Hal-Ehwal Wanita Negeri Pahang telah mengadakan Majlis Pertemuan dan sesi Dialog dengan Pengusaha-pengusaha Pelancongan Jerantut di Residence Tekam.

Pertemuan yang dihadiri lebih dari 20 individu yang terlibat dalam industri pelancongan itu sama atas individu mahu pun mewakili syarikat-syarikat telah meluangkan masa untuk membincangkan dan menyuarakan masalah-masalah yang dihadapi mereka dalam mengembangkan industri pelancongan khususnya di Taman Negara.

Beberapa masalah utama telah dapat dikesan antaranya adalah masalah bekalan air di Kuala Tahan itu sendiri, masalah talian telefon dan internet yang dirasakan begitu membebankan. Selain itu keperluan-keperluan kemudahan asas lainnya adalah termasuk kewajaran adanya sebuah bank bagi memudahkan bukan sahaja pelancong bahkan penduduk tempatan untuk mengeluarkan wang simpanan mereka tanpa perlu pergi ke pekan terdekat iaitu Jerantut yang jaraknya kira-kira 84KM.

Terdapat juga beberapa cadangan lain untuk menambah-baik perkhidmatan yang sedia ada bagi memberikan kepuasan terhadap pengunjung Taman Negara serta penduduk setempat. Semua pihak yakin dan percaya bahawa Taman Negara masih lagi menjadi produk teras dan terpenting negeri Pahang bahkan sebagai antara destinasi eko pelancongan utama negara.

Dato' Shafik juga menyatakan pihak kerajaan negeri sedang dan akan terus mempromosikan pelancongan bagi membantu dan bersama-sama memastikan industri pelancongan di negeri Pahang akan tetap teguh dan memberikan pulangan kepada mereka yang terlibat khususnya yang secara langsung. Justeru itu beberapa program promosi dijalankan, termasuk program 'Moh Kayuh Ke Lubuk Yu' yang akan dijalankan pada hari esok (hari ini) 16hb. Julai 2011 bagi mengembalikan semula keyakinan pengunjung terhadap kualiti air dan tahap kesihatan dan keselamatan destinasi berkenaan telah pulih sepenuhnya.



1 comment:

  1. Salam YB macam ni lah yg sepatutnya UMNO lahirkan.Bukan YB yang hanya tau cakap kosong dan memungko.Hidup dato shafik

    ReplyDelete

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor