Pages

Friday, July 15, 2011

Adakah Pemimpin PAS Masih Sayangkan Islam?


Al Quran dan Hadis diturunkan sebagai rahmat seluruh alam, dan bukan hanya untuk orang Islam sahaja dan Islam pula bukan hak orang Melayu sahaja.

Itu tegasan dan penerangan yang dibuat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) apabila beliau terbaca laporan mengenai Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman yang membidas wakil rakyat PAS dan PKR beragama Islam kerana tidak bersuara ketika Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim memetik hadis untuk menguatkan hujahnya dalam satu pembentangan di DUN Selangor semalam. Harakahkahkah

Biasalah kena pada DAP semuanya dijadikan halal. Cuba kalau dahulu MCA atau MIC menggunakan ayat Quran dan hadis dalam ceramah mereka. Sah puak PAS ini akan menjerit mengelupur berguling guling mengatakan UMNO sengaja membiarkan orang kafir mempersendakan al Quran dan Hadis.

Tapi apabila DAP menjadi sekutu mereka, semua ini tidak lagi dipersoalkan. Malah digalakkan pula orang kafir ini menggunakan ayat Quran dan Hadis sesuka hati mak bapak mereka. Memanglah ayat Quran dan Hadis boleh dibaca oleh orang bukan islam. Tetapi sebagai umat islam yang dikurniakan akal fikiran oleh Allah s.w.t, tidakkah puak PAS ini bertanya atau berfikir apakah maksud sebenar atau niat orang DAP itu menggunakannya?

Aakah kerana ikhlas kerana Allah s.w.t? Ataupun kerana modal politik? 

Memang orang bukan islam boleh mengkaji Al Quran dan Hadis tetapi menggunakan ayat ayat suci al Quran atau Hadis Rasullulah s.a.w semata mata kerana politik, itu sudah jelas menyeleweng. Sebagai umat islam, puak PAS sepatutnya ada rasa tanggungjawap menjaga kesucian ayat al Quran dan Hadis Rasullulah s.a.w. Bukan membiarkan atau menggalakkan lagi perbuatan sedemikian.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor