Gambar hiasan
Sudah menjadi satu trend kepada kepimpinan MB Pahang Dato' Seri DiRaja Dr. Adnan Bin Yaakob mengadakan mesyuarat EXCO Kerajaan negerinya di bandar-bandar lain selain dari Kuantan sebagai pusat pentadbiran dan Ibu Negeri.
Cara ini dirasakan akan memberikan peluang kepada beliau serta EXCO-ECXO Kerajaan Negeri untuk melihat segala permasalahan dan kehendak rakyat didaerah-daerah tertentu dengan lebih jelas lagi. Kita melihat ini adalah langkah yang sangat bertepatan dengan waktunya dari pemimpin kerajaan yang sangat prihatin terhadap masalah rakyat.
Justeru, pada hari ini EXCO Kerajaan Negeri Pahang dijadualkan mengadakan mesyuaratnya di Pejabat Daerah Jerantut pada pukul 10.00 pagi. Manakala MB Pahang berserta EXCO Kerajaan Negeri akan meluangkan masanya untuk menemui rakyat pada jam 3.00 petang bertempat di Dewan Majlis Daerah Jerantut.
Pada pukul 8.30 malam MB dan EXCO Kerajaan Negeri dijadualkan mengadakan perjumpaan serta makan malam bersama seluruh anggota komponen Barisan Nasional Parlimen Jerantut.
Berita lengkap selanjutnya akan dimuatkan secepat mungkin di blog Pahang-Ku. Teruslah mengikutinya.
Baca juga:
Syabas Datuk Seri!
ReplyDelete