Pages
▼
Thursday, July 28, 2011
Penjelasan Isu Lynas
1. Projek Lynas
Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) adalah syarikat subsidiari milik penuh Lynas Corporation Ltd, Australia. Perniagaannya adalah berkaitan dengan pengeluaran dan penjualan nadir bumi dan produk berkaitan dengannya.
Lynas bercadang untuk membawa masuk bijih nadir bumi dari lombong Mount Weld di Australia Barat melalui Perlabuhan Fremantle, menghantarnya ke Kuantan dengan kapal kontena dan seterusnya diproses di Kawasan Perindustrian Gebeng, Pahang.
Di Gebeng, kilang Lynas akan mengekstrak nadir bumi dari bijihnya untuk dieksport. Lynas menjelaskan bahawa sisa dari proses pengekstrakan tersebut akan diguna semula dan mengeluarkan produk-produk komersial yang lain atau disimpan di tempat penyimpanan yang selamat dan terjamin.
2. Apa itu Nadir Bumi ?
Elemen nadir bumi secara relatifnya banyak didapati di permukaan kerak bumi tetapi sukar dikeluarkan dan diekstrak berbanding logam lain kerana sifat geokimia nadir bumi adalah jenis berserakan, menjadikan ia lebih mahal untuk diekstrak.
3. Adakah Nadir Bumi mengancam kesihatan dan keselamatan manusia?
Bijih yang ditemui dalam Nadir Bumi sering dikaitkan dengan mineral yang mengandungi unsure-unsur radioaktif seperti Uranium dan Thorium.
Dalam kehidupan seharian, manusia terdedah kepada radioaktif pada tahap yang sangat rendah. Thorium, misalnya, hadir secara semulajadi di dalam tanah, batuan, air permukaan (surface water) dan air bawah tanah, tanam-tanaman serta haiwan dalam ukuran dos yang sangat rendah. Pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi tahap keradioaktifan sebegini tidak menyebabkan ancaman terhadap kesihatan manusia.
(Bersambung...)
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor