Pages
▼
Sunday, April 17, 2011
SIDANG DUN PAHANG (6): Tikam lidah meletup
"PAS Dikencing ANUWAR"
Pertikaman lidah berlaku antara ADUN Pulau Manis (BN) dan ADUN Semantan (PAS) semasa Persidangan DUN baru-baru ini. ADUN Pulau Manis (BN) tidak puas hati kerana sewaktu lawatan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri kabinet ke kawasannya, orang PAS dilihat menghogoh-hogohkan (menggoyang-goyangkan) bendera PAS.
ADUN Pulau Manis (BN) dalam ucapannya melahirkan rasa tidak puas hati di atas perbuatan ini. Namun ADUN Semantan (PAS)menyatakan ianya adalah perkara biasa kerana negara kita adalah negara demokrasi.
ADUN Pulau Manis (BN)tidak berpuashati lagi dan menganggap "tindakan itu adalah tidak sopan". ADUN Semantan (PAS)mencelah lagi dan mengatakan "mungkin orang PAS tersebut juga mahu meraikan kedatangan Perdana Menteri".
Pertikaman lidah yang hebat itu disambut dengan gelak ketawa ahli-ahli persidangan DUN, akhirnya ‘meletup’ dari mulut ADUN Semantan (PAS), beliau mengakui dan mengiktiraf Dato’ Sri Najib adalah Perdana Menteri.
Kata-kata tersebut memeranjatkan ahli persidangan dewan, mungkin PAS sudah berubah agaknya. Patutlah Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang peluk Dato’ Sri Najib semasa bertembung ketika sedang berkempen di Pasar Pusa, Sarawak.
1 comment:
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor
Tak lama lagi ada la ahli Pas yang akan kena kencing dalam pungkok pulak..
ReplyDelete