Pages

Sunday, April 17, 2011

SIDANG DUN PAHANG (5) :DAP gagal huru-hara


"Sengaja Kecoh Demi Anwar"

Sidang DUN Pahang kali ini hangat apabila dua ADUN DAP banyak mempersoalkan Kerajaan Negeri tentang Projek Pembinaan Kilang Memproses Radioaktif "Rare Earth" Lynas di Kawasan Perindustrian Gebeng.

Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Adnan Yaakob berkata penduduk sekitar bandar Kuantan tidak perlu gusar dan khuatir kerana kilang ini tidak merbahaya kepada penduduk. Tegasnya lagi “kerajaan amat prihatin dan yang penting keselamatan rakyat terjamin”.

ADUN Triang, YB Leong Ngah Ngah memomokkan cerita kononnya kilang Lynas ini mempunyai loji nuclear seperti Fukusima, Jepun. Perkara ini disangkal oleh Menteri Besar Pahang dan menyatakan bahawa kilang ini bukanlah kilang yang mempunyai loji nuclear.

ADUN Jengka, Wan Salman mempersoalkan ADUN DAP kerana Pemimpin PAS YB Dr Che Rosli Che Mat yang juga pakar dan profesor dalam science and Atomic ada memberi pandangan bahawa Projek Lynas di gebeng adalah selamat dan Lynas mengunakan lanthanide sebagai bahan mentahnya yang sangat berbeza dengan rare earth yang di bukit merah. Adakah ini bermakna pembangkang tidak mempercayai pakar dari pembangkang sendiri?.

Persoalannya sekarang siapa yg mereka percaya untuk memberikan penerangan tentang radiasi ni? Pakar kita berhujah dengan penuh fakta dan ilmiah tetapi pembangkang tidak percaya, pakar tersebut mempunyai PHD dalam nuklear pun dia kata tidak betul. Rupa-rupanya ADUN DAP lebih percaya kepada pakar dari Negara Komunis China.

MB Pahang kata "persoalannya, jika kerajaan negeri yang memanggil pakar berkenaan, maka pembangkang akan kata kita tidak bebas dan jika mereka sendiri yang memanggil mungkin kita pula yang tidak bersetuju. Jadi siapa yang akan kita percaya?"

Dalam perdebatan yang hangat itu, MB Pahang dapat mematahkan hujah palsu ADUN DAP satu persatu. Kalau sebelum ini mereka menghuru-harakan taklimat Lynas dengan mengeboo dan mengejek tetapi sekarang mereka cuba kecohkan persidangan dewan, mereka berlagak seperti pakar dalam nuklear namun mereka gagal untuk mematahkan hujah MB Pahang. Bagi ADUN DAP jangan terlebih melalak nanti orang kata macam 'beruk sarkis' terlepas dalam sidang DUN.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor