Pages

Sunday, April 17, 2011

SARAWAK TERUS MANSANG





Begitu cepat masa berlalu. Kempen bagi PRN Sarawak sudah hampir ke penghujungnya. Kami crew PahangKu juga sudah terasa penatnya namun masih tetap bersemangat melaporkan apa yang kami dengar dan ketahui sepanjang masa berkempen ini.

Kita percaya bahawa BN akan tetap menangi PRN Sarawak kali ini. Mungkin undi kaum Cina serta golongan muda bumiputera akan sedikit berubah dan memihak kearah lain, yang penting kita masih akan menang!

Undi dimana kaum Cina dimana mereka merupakan majoriti (dibandar-bandar) dipercayai masih lagi memihak kepada pembangkang.sudah. Kita faham bahawa mereka menyedari secara keseluruhannya mereka merupakan minoriti namun mereka mengambil kesempatan dari tidak adanya penyatuan dari kaum-kaum bumiputera untuk dapat menguasai sebesar mungkin politik negara.

Pas dan PKR dalam hal ini kelihatan sungguh membantu mereka (DAP) mencapai hasrat mereka dengan bersungguh-sungguh berkempen untuk memenangkan mereka, namun mereka itu tidak bersungguh-sungguh berkempen bagi memenangkan Pas dan PKR. Kita akan lihat bukti ini pada keuputusan pilihan raya nanti - kaum Cina melalui DAP akan memenangi kerusi yang mereka tandingi tetapi Pas dan PKR tetap akan gagal dalam misi mereka. Kejayaan mereka (Pas dan PKR) hanyalah memecahkan kuasa dan monopoli kekuatan bumiputera dan memberikan perluang kerajaan ditekan pembangkang.

Kempen di Sarawak ini kelihatan sudah semakin sengit dengan Pas, PKR dan DAP membawa masuk budaya kempen ganas dari semenanjung. Rakyat Sarawak sepatutnya menolak ini dari mula lagi namun sikap lemah dan tolak ansur rakyat Sarawak telah memberikan  kesempatan bagi mereka untuk mempelopori satu corak pilihanraya yang ada unsur-unsur kasar dan ganas serta menguasainya.

Di DUN Muara Tuang, penyokong dan peraih undi Pas dihalau dari menggunakan masjid. Jika di semenanjung mereka memang menggunakan masjid sebagai pusat operasi mereka tetapi di Sarawak mereka dihalang penduduk kampong dari melakukan itu. Provokasi ganas penyokong mereka yang didatangkan khas dari Kelantan juga tidak disenangi dan ada beberapa kes mereka dihalau keluar dari kampong.

Kempen PKR memburukkan Najib dan kerajaan juga tidak disenangi rakyat. Rakyat Sarawak sebenarnya sangat menyayangi DS Najib, mungkin juga kerana mengenang jasa-jasa Tun Abdul Razak dahulu. Kehadiran DS Najib jangan dibandingkan dengan kehadiran Anu arr, memang jauh bumi dari langit, cuma Anu arr yang mukanya tidak malu setelah berkali-kali dimalukan.

Dibeberapa tempat ceramah, Anu arr terpaksa memendekkan ceramahnya atau langsung tidak hadir ceramah kerana takut bila dia dibayangi oleh Ummi Hafilda serta Ezam yang akan menelanjangkan peribadinya jika mereka berpeluang berceramah dipentas yang berhampiran. tentu Anu arr sudah tidak lagi mampu menyembunyikan 'kemaluan'nya dengan soalah-soalan mengenai jam omega, dna dan sebagainya. Anu arr boleh membohongi dihadapan mereka yang tidak tahu, namun apabila ada orang-orang yang tahu mengenai dirinya, Anu arr tidak dapat lagi bersembunyi.

Mungkin sukar untuk mengawal undi kaum Cina, namun kita masih belum terlewat untuk mengawal dan menguasai undi golongan muda kaum bumiputera. Jangan biarkan mereka membakar kelambu kerana kelak kehidupan mereka sendiri juga yang akan rugi. Jangan terpengaruh hanya dengan mendengar hasutan pembangkang, dengari juga keburukan yang diperbuat oleh pembangkang dan lihat juga janji-janji paslu mereka selama ini.

Hanya kerajaan yang kuat dan kukuh saja yang mempu menunaikan janjinya kepada rakyat. Pembangkang tidak mungkin dapat membina kerajaan sama sekali, namun apa yang mereka inginkan adalah mencuri sedikit demi sedikit kuasa dengan membohongi rakyat untuk sekadar melemahkan kerajaan bagi mendapatkan lebih kuasa 'beli' untuk kepentingan mereka dan kaum mereka sendiri. Anak-anak muda jangan tertipu.

Sokongan perlu terus diberikan kepada kerajaan BN untuk kesinambungan usaha yang telah dan sedang dijalankan, dan segalanya adalah untuk rakyat Sarawak. BN Sarawak adalah kuasa rakyat Sarawak sendiri untuk kemajuan rakyat Sarawak. DAP, PKR dan Pas adalah kuasa dari Semenanjung yang hanya ingin merampas Sarawak melalui pengaruh politik. 

Pemuda sarawak harus kembali menyokong Sarawak...untuk memastikan Sarawak terus mansang ! Jangan sesekali membakar kelambu kerana marahkan nyamuk. Yang menyingkap dan membiarkan nyamuk memasuki kelambu adalah pembangkang, merekalah yang harus dibakar.......

Tahniah kepada BN Sarawak. Tahniah kepada DS Najib dan TS Muhyiddin Yassin yang sama-sama berusaha untuk menegakkan semula BN yang goyah suatu waktu dulu. Tahniah kepada semua rakyat Malaysia yang setia menyokong BN dulu, kini dan selamanya. Tahniah kepada semua pihak yang membantu secara langsung dan tidak langsung dalam memenangkan.

Tahniah kepada yang berdiri dan menyokong dibelakang 'PahangKu',  yang memberikan media sosial ini bernyawa dan berkembang untuk perjuangkan agama, bangsa dan negara terinta.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor