Ankara - Seorang kanak-kanak yang mempunyai tanda lahir berbentuk hati di dahinya menjadikan dia sering mendapat perhatian orang ramai untuk bergambar.
Ibu bapanya, Murat Engin, 30, dan isterinya Ceyda, 28, sukar mempercayai anaknya, Cinar dilahirkan dengan tanda merah berbentuk hati di dahi.
Kanak-kanak itu menjadi seperti selebriti di bilik bersalin yang mahu berswafoto dengannya sebaik dilahirkan.
Menurut bapa, anaknya itu mempunyai ramai peminat yang ingin bergambar dengannya.
"Kami menyayanginya dan juga tanda lahirnya itu," kata Murat dipetik Mail Online.
"Selepas jururawat membersihkan darah di kepalanya, saya orang pertama yang melihat tanda lahir di dahi anaknya.
"Saya benar-benar terkejut. Apabila saya datang untuk menuntup kepalanya, saya menyedari ia adalah berbentuk hati yang menakjubkan.
"Saya sukar menahan air mata dan apabila ibunya melihat tanda lahir itu, dia juga turut menangis.
Menurut Murat lagi, dia adalah hadiah dari ALLAH. Tiada siapa antara kami yang memberi tanggapan negatif.
Cinar, ahli keluarga pertama yang mempunyai tanda lahir sedemikian dan ia menyebabkan dia mempunyai ramai peminat.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor