Pages

Monday, September 7, 2015

KEVIN TAK TERLIBAT SIASAT KES 1MDB


Mohamed Apandi Ali


Shah Alam - Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais tidak terlibat dalam mana-mana siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menurut kenyatan Jabatan Peguam Negara hari ini.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menjelaskan kes-kes semasa yang Kevin kendalikan adalah kes-kes yang dibawanya bagi tujuan kesinambungan pendakwaan.

Susulan pelbagai laporan mengenai kehilangan Kevin, Jabatan Peguam Negara turut berharap agar tiada spekulasi dibuat berhubung kehilangannya. 

Dalam kenyataan itu juga, Apandi turut menjelaskan Kevin dipindahkan semula ke Jabatan Peguam Negara daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuat kuasa dari 15 Julai 2014.

Kevin dikatakan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas untuk ke pejabatnya di Putrajaya.

Beliau dilapor memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

Semalam, polis menemui sebuah kereta dipercayai digunakan Morais di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak, ‎Hutan Melintang.

Kereta berkenaan ditemui di dalam ladang kelapa sawit yang terletak kira-kira tiga kilometer dari jalan besar dan terletak jauh dari rumah penduduk.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor