Pages

Tuesday, August 12, 2014

TS KHALID WAJAR KEKAL MB SELANGOR



KDYMM Sultan Selangor telah berikan perkenan kepada TS Khalid untuk terus terajui kepimpinan Negeri Selangor sebagai Menteri Besar. Walaupun sebagai ADUN Bebas (setelah dipecat dari parti) TS Khalid masih layak jadi Menteri Besar dengan adanya sokongan dari EXCO-EXCO dan ADUN-ADUN. Perlembagaan dan Undang-Undang tubuh Negeri Selangor menghalalkan ianya berlaku.

Benar, kemelut yang berlaku adalah masalah dalam parti PKR. Pucuk pimpinan PKR berhasrat membuang TS Khalid dan menggantikan dengan Menteri Besar yang baharu, khabarnya DS Wan Azizah, Presiden Parti yang juga merupakan isteri kepada Penasihat UMUM PKR.

Jelaslah ianya adalah masalah dalaman. Ianya juga hanyalah mengenai keinginan dan cita-cita tertentu seseorang yang tamakkan kuasa tanpa mengambil-kira kepentingan rakyat. Kenapa rakyat Selengor perlu diheret kedalam kancah dan kemelut poitik ini?

Yang rakyat Selangor kehendaki adalah kestabilan politik dan perkembangan ekonomi yang cergas bagi membolehkan rakyat hidup dengan aman dan makmur. Kerajaan memerintah sepatutnya mendahului kepentingan rakyat dan menyelesaikan pebagai permasalahan yang rakyat hadapi ketika ini.

Apakah jaminan projek 'Langat 2' yang baharu ditandatangani diperingkat awal akan dapat diteruskan sekiranya Negeri Selangor berubah Menteri Besar? 

TS Khalid, meskipun dulunya pemimpin dari parti PKR, namun kesungguhannya untuk merealisasikan projek air 'Langat 2' ini dengan menandatangani perjanjian dengan kerajaan pusat patut diberikan pujian. Kerana beliau dilihat sanggup mengenepikan ideologi politik demi membantu rakyat Selangor dalam menyelesaikan isu air yang semakin tenat kebelakangan ini. Apakah jika Menteri Besar berubah kepada yang tidak boleh bertolak-ansur dan berkerjasama dengan kerajaan pusat, projek ini dapat diteruskan?

Soalnya, apakah rakyat Selangor akan terus menyokong mereka yang ingin mencapai cita-cita politiknya sahaja dan sanggup terus berada didalam dilemma isu air yang tidak akan ada penyelesaian. Kerajaan pusat BN sudah melakukan apa yang mampu untuk membantu, TS Khalid juga telah sedia untuk bersama-sama kerajaan pusat untuk mengatasi masalah berkenaan, cuma apakah rakyat Selangor sendiri masih sedia untuk terseksa hanya kerana menyokong Anwar Ibrahim mencapai cita-cita besarnya sahaja?

Kepada rakyat Selangor; sekali telah melakukan kesilapan dengan memilih Pakatan menjadi kerajaan, jangan pula mengulang kesiapan kedua dengan terus membiarkan mereka melakukan apa sahaja yang mereka ingin lakukan sesuka hati mereka.


~ Editor


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor