Pages

Tuesday, August 12, 2014

MESEJ WHATSAPP BOCOR : PERTEMUAN ANWAR - HADI GAGAL




Misi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membincangkan isu Menteri Besar Selangor dikhabarkan gagal mencapai matlamatnya.

Anwar dikatakan bertemu dengan Abdul Hadi semalam bagi memujuk PAS agar menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isterinya.

Berita mengenai kegagalan itu kini disebar secara meluas melalui aplikasi bual Whatsapp.

Ia merupakan petikan skrin mesej yang bocor dikatakan daripada seorang Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat hari ini.

Anwar dikatakan bertemu Abdul Hadi di sebuah hotel dekat Kuala Ibai, Kuala Terengganu hari ini.

“Pertemuan antara Anwar dan Abdul Hadi semalam gagal, tiada kompromi, senario yang dikemukakan oleh seorang AJK PAS Pusat yang juga Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki dilihat mungkin akan digunakan,” kata ahli berkenaan dalam mesj Whatsapp itu seperti dipetik The Malaysian Insider (TMI).


Sebelum ini, ada satu lagi petikan skrin perbualan Whatsapp yang ditulis oleh Dr Zuhdi menjadi viral kerana beliau memberikan senarion yang bakal berlaku di negeri Selangor jika PAS keluar dari Pakatan Rakyat (PR).

Menurut beliau, ada kemungkinan PAS jika keluar dari PR akan bersama dengan UMNO untuk menubuhkan kerajaan baru negeri Selangor dengan majoriti mudah dan mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Setakat hari ini, ini adalah satu-satunya maklumat yang diperolehi media berkaitan pertemuan kedua-dua pemimpin itu.

Dalam Dewan Undangang Negeri (DUN) Selangor, PAS memiliki 15 orang wakil Ahli DUN (ADUN) sementara Barisan Nasional (BN) sebagai pembangkang memiliki 12 wakil.

Jika mereka bersama-sama dengan Abdul Khalid, mereka akan mewakili 28 ahli daripada keseluruhan 56, iaitu separuh daripada jumlah kerusi dalam DUN.

Selain Anwar dah Abdul Hadi, difahamkan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Politik Abdul Hadi Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut menghadiri pertemuan itu.



No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor