Pages

Saturday, September 5, 2020

PTD RAUB SAHKAN TIADA RUNDINGAN DENGAN PEKEBUN DURIAN

                                       


KUANTAN - Pejabat Daerah dan Tanah (PTD) Raub menafikan mengadakan rundingan dengan pekebun durian musang king Raub dalam isu penerokaan haram seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan kelmarin.


PTD Raub dalam kenyataan semalam memberitahu kesal dengan dakwaan pekebun berkenaan seperti yang disiarkan dalam dua akhbar terbabit


"Tiada sebarang rundingan dibuat pada Rabu lalu antara pihak kita dengan wakil pekebun durian musang king yang menceroboh tanah kerajaan negeri," katanya.


Kelmarin sebuah akhbar melaporkan pengusaha kebun durian musang king yang mengusahakan tanaman di atas tanah kerajaan dan hutan simpan di Raub mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mempertahankan kebun mereka yang diusahakan lebih 40 tahun.


Sementara itu, Pengerusi Save Musang King Alliance (Samka), Chang Yee Chin berkata, kenyataan yang dikeluarkan akhbar berkenaan tidak benar.


Katanya, penyiaran artikel itu telah mencetuskan kekeliruan dan salah faham.


"Setakat hari ini, saya belum lagi berunding atau mengadakan temu janji dengan Pejabat Tanah dan Galian Raub.


"Saya pun tidak pernah ditemu bual daripada akhbar berkenaan," katanya.

 

SUMBER : SINAR HARIAN

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor