Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku
Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjadi Putera Raja
pertama yang berjaya menawan puncak Gunung Tahan setinggi 2,187 meter,
Baginda meraih kejayaan itu dengan menyempurnakan Program Kembara Eksesais Makmur Ke Gunung Tahan.
Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan
Ismail menyambut keberangkatan tiba
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang setelah Baginda
menyempurnakan Program Kembara Eksesais Makmur Ke Gunung Tahan.
Dato’ Sri Haji Wan Rosdy turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ke
sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku atas kejayaan menawan Gunung Tahan
setinggi 2,187 meter menerusi program tersebut.
Daulat Tuanku!
SUMBER : FACEBOOK https://www.facebook.com/wanrosdyOfficial
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor