TANJUNG MALIM, 29 Ogos – Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK)
Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim yang melabuhkan tirai tengah malam tadi
menandakan bermulanya hari pengundian bagi menentukan wakil rakyatnya.
Sehubungan itu, para pengundi di PRK terbabit di seru untuk
mengundi calon nombor dua, iaitu calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz
bagi memastikan kesinambungan perjuangan yang telah dilestarikan oleh
kepimpinan terdahulu selain bagi memastikan suara rakyat terus diberi
perhatian.
Mohd Zaidi yang juga Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung
Malim, dipilih sebagai calon BN ekoran kepimpinan dan ketokohannya yang tidak
asing bagi penduduk tempatan malahan beliau adalah pemimpin belia dan NGO yang
aktif.
PRK DUN Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru selain
Mohd Zaidi dengan dua calon Bebas iaitu peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi,
mewakili Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) yang masih dalam proses pendaftaran
serta bekas guru, S. Santharasekaran.
Kerusi DUN Slim kosong berikutan kematian Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Slim selama empat penggal, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib
daripada BN yang meninggal dunia akibat serangan sakit jantung pada 15 Julai.
Sejumlah 96.25 peratus daripada 267 pengundi awal telah
menunaikan hak mereka pada Selasa lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan proses pengundian
melibatkan 12 pusat mengundi dan 54 saluran.
Pusat mengundi tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK)
Changkat Sulaiman; SK Trolak Utara; SK Trolak Selatan; SK Seri Besout; SK
Besout 3 dan 5; SK Kuala Slim; SK Slim River; SK Aminudin Baki; Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Sungkai; SJKT Ladang Kelapa Bali dan SJKT
Trolak.
Dijangka keputusan PRK tersebut dapat diketahui sebelum 9
malam sekiranya tiada bantahan dan gangguan dengan menyasarkan 85 peratus
daripada 22,749 pengundi biasa keluar mengundi esok, berbanding sasaran 70
peratus sebelum ini dengan mengikut peraturan serta prosedur operasi standard
(SOP) ditetapkan bagi mencegah penularan COVID-19.
SUMBER – UMNO Online
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor