TANJUNG MALIM, 29 Ogos – Barisan Nasional (BN)
mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim dengan majoriti yang
besar apabila calonnya Mohd Zaidi Aziz mengalahkan dua lagi calon bebas dengan
majoriti sebanyak 10,945.
Mohd Zaidi mengalahkan Amir Khusyairi yang menggunakan
simbol pokok serta Santharasekaran yang menggunakan simbol buku pada Pilihan
Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan yang berlangsung pagi tadi.
Keputusan berkenaan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan raya,
Shamsul Ridzuan Idris di Dewan Majlis Daerah Tanjung Malim.
Mohd Zaidi mendapat 13,060 undi, manakala Amir Khusyairi
mendapat 2,115 undi dan Santharasekaran mendapat 276 undi.
Dengan keputusan itu, BN terus mengekalkan kerusi DUN Slim
dan yang pasti tugas dan amanah menanti Mohd Zaidi Aziz sebagai wakil rakyat
baru DUN Slim setelah mendapat kepercayaan daripada pengundi.
PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk
Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai.
Pada PRU14, Mohd Khusairi yang mewakili BN menang dengan
majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR,
Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal
Proses pengundian bermula pada jam 8 pagi tadi dan
dilaksanakan menerusi kebiasaan baharu, dengan prosedur operasi standard (SOP)
ditetapkan bagi mengurangkan impak penularan COVID-19.
Sebanyak 12 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dengan 54 saluran
mengundi dibuka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di seluruh kawasan DUN
berkenaan.
SUMBER – UMNO Online
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor