Pages

Sunday, August 9, 2020

MB PAHANG : BERHADAPAN ANCAMAN BERTERUSAN COVIC-19

 

                   

 1.  Menurut statistik terkini, terdapat 19.5 juta kes positif Covid-19 yang telah mengakibatkan 722,368 kematian di seluruh dunia.


 2.  Di negara lain seperti Amerika Syarikat, mereka menjangkakan pada penghujung tahun ini, lebih 300,000 kematian disebabkan penyebaran virus ini.


 3.  Usaha berterusan sedang dilaksanakan para saintis dunia bagi membendung masalah ini. Di Brazil, kerajaan negara tersebut telah memperuntukkan sebanyak USD1.9bilion bagi penghasilan vaksin.


 4.  Russia pula dikhabarkan akan mendaftarkan vaksin pertama Covid-19 pada 12 Ogos ini.


 5.  Melihat perkembangan ini, sudah tentu akan terbit perasaan risau dan gusar dikalangan warga dunia, khususnya bagi kita semua rakyat Malaysia.


 6.  Sudah tentu untuk membasmi penularan wabak ini, kita memerlukan kerjasama semua pihak.


 7.  Di Malaysia pula, undang-undang pemakaian topeng muka diperketatkan dengan denda sebanyak RM1,000 jika didapati sesiapa yang tidak memakainya di tempat awam.


 8.  Walaupun kelonggaran telah diberikan oleh pihak Kerajaan Malaysia dengan membenarkan aktiviti perniagaan berjalan seperti biasa, kita tetap tidak boleh alpa dengan risiko yang dibawa oleh virus ini.


 9.  Kita perlu sentiasa menjaga kebersihan, menjaga jarak dan memastikan pematuhan SOP diikuti bagi melawan virus yang amat merbahaya ini.

10.  Saya menyeru rakyat Malaysia, khususnya di anak-anak Negeri Pahang, untuk terus bertenang dan mengambil langkah berjaga-jaga agar kita terhindar daripada dijangkiti virus ini.


#kitajagakita


© wanrosdy.com Wan Rosdy Bin WanIsmail wanrosdyofficial"

 


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor