Pages

Saturday, August 22, 2020

JANGAN BIARKAN DAP BERKUASA SEMULA – AHMAD MASLAN

                                           


TANJUNG MALIM, 22 Ogos – Setiausaha Agung UMNO (SUA) Datuk Seri Ahmad Maslan mengingatkan ahli-ahli UMNO untuk meredakan apa-apa perbalahan dalam bangsa Melayu kerana perkara tersebut merugikan apatah lagi fokus pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) perlu mengelakkan pertandingan tiga penjuru.

 

Katanya, apabila Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan hasrat untuk bersama-sama tentulah sebagai pemimpin yang berjiwa besar iaitu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mengundang mereka untuk menyertai Muafakat Nasional (MN).

 

“Kita tidak mahu Dap memerintah semula. Kekuatan Dap ini ialah kepada perpecahan Melayu. Dap tidak ada sebarang kekuatan jika Melayu berpadu dan Melayu ingin bersatu dalam MN. Jadi kita perlu rasional dan menerima segalanya,” tegasnya.

 

Jelas, beliau memahami bahawa kesan dan luka pada ahli-ahli UMNO begitu mendalam apabila ramai pimpinan UMNO yang melompat ke PPBM dan ia cukup berbeza dengan luka perbalahan dengan PAS.

 

“Saya tahu kesan luka antara UMNO dan PPBM belum sembuh, tetapi kita sudah banyak luka dengan PAS sebelum ini dan kita sembuhkan luka-luka itu. Akhirnya kita menamatkan perbalahan lebih 60 tahun.

 

“Jika masyarakat Melayu dan bangsa Melayu serta Bumiputra Islam berpecah, kita akan kalah dari sudut politik sudahlah kalah pada sudut ekonomi. Jadi inilah peluang yang terbaik untuk kita menyatu-padukan parti-parti politik Melayu yang tidak suka pada Dap,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

 

Justeru, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian mengharapkan agar sentimen perperpecahan dapat dihindarkan demi kemenangan pada PRU-15.

 

“Saya ingin menyeru kepada ahli-ahli UMNO, sentimen perbalahan politik cuba kita redakan antara UMNO dengan PPBM ini. Saya faham bahawa begitu begini dinyatakan tetapi kalau kita berbalah dan berlaku tiga penjuru dalam PRU-15 yang akan memberi peluang kepada pihak musuh sedangkan kita mahukan kemenangan,” katanya lagi.

 

SUMBER  – UMNO Online

 

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor