TANJUNG MALIM, 23 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N58 Slim, Mohd Zaidi Aziz berkata pengundi di Slim tentunya sudah kenal siapa sebenarnya calon bebas yang hakikatnya, dipimpin oleh Pakatan Harapan (PH) dalam PRK Slim.
Sehubungan itu, beliau mengharapkan agar pengundi-pengundi di Slim membuat keputusan yang bijak dan tolak calon yang ada disebalik bayang-bayang PH.
“Kita harap rakan-rakan dan pengundi di sini tahu walaupun
dia kata dia Bebas tapi sebenarnya mereka bukannya bebas dah terserlah siapa
yang mendokong, membantu dan siapa yang turun kempen untuk calon bebas ini…
kita sudah tahu.
“Jadi… kita harap pengundi DUN Slim ini sudah membuat
keputusan yang tepat dan melihat bagaimana mereka dikatakan bebas tapi
berselindung disebalik bayangan pihak lain. Kita tahu pengundi Slim orang yang
cerdik pandai dan dapat nilai apa keutamaan calon.
“Kita perlukan pemimpin tempatan, yang ada pengalaman dan
mampu membawa suara ke atas kerana seandainya BN diberi mandat, sudah pasti kerajaan
yang ada sekarang… disokong kondisi yang ada di peringkat Negeri dan
Persekutuan. Kita lihat kerjasama yang erat dan padu antara Perikatan Nasional
dan Muafakat Nasional,” katanya kepada UMNO Online, hari ini, di sini.
Dalam masa yang sama, Mohd Zaidi yang juga Pemangku Ketua
UMNO Bahagian Tanjung Malim mengharapkan agar jentera BN terus giat berkempen
hingga hari mengundi.
“Kita dah masuk pusingan kedua siri kempen ini dan kita kena
lebih laju dan lebih fokus berjumpa dengan pengundi. Jadi bermula dari semalam
telah mengatur strategi bertemu dengan ‘focus group’, imam-imam, para Guru dan
pesara guru, pesara kerajaan, veteran tentera dan polis, kumpulan anak muda
dari pelbagai NGO, Rela, JPAM, Bomba dan sebagainya.
“Alhamdulillah… nampaknya ‘respon’ dari pengundi cukup baik
dan penerimaan juga amat baik. Kita yakin BN mampu untuk meraih kemenangan yang
besar bagi N58 Slim ini,” ujarnya
. – UMNO Online
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor