TANJUNG MALIM, 20 Ogos – Jangan berselindung di sebalik
pokok pisang…kalau nak selindung, selindung di belakang tembok yang
besar…jangan berselindung di belakang pokok pisang orang akan nampak badan
serta muka siapa. Tidak payahlah berselindung di sebalik Bebas.
Macam di Chini kita tahu siapa. Di sini lagilah ramai
pemimpin mereka. Sini mungkin dekat dengan Kuala Lumpur dan mungkin Chini
sebelum ini mungkin jauh daripada Kuala Lumpur. Tidak mengapa…berkempen dan
kita mengalu-alukan. Orang Besout…orang Slim semua mengalu-alukan semua
pemimpin daripada parti untuk berkempen tetapi secara sihat, demikian kata
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan.
Menurut Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO, semua
pihak boleh berkempen namun mestilah tahu tahap cara berkempen untuk
kepentingan dan keharmonian semua pihak.
‘’Jadi kempenlah dan negara kita mengamalkan demokrasi.
Sesiapa sahaja boleh berkempen tetapi asalkan kita kita tahu tahap cara kita
berkempen. Tambahan pula kita nak menghadapi kemerdekaan tanah air kita mesti
jaga keharmonian masyarakat.
‘’Menang atau kalah biasa dalam pilihan raya tetapi jangan
sampai kita menghancurkan ‘fabrik’ masyarakat kita yang telah lama bersatu
padu, masyarakat yang telah lama hidup bersama dan itu penting terutama dalam
DUN Slim ini kita juga mempunyai pengundi yang pelbagai dan pengundi Melayu,
bukan Melayu..Pengundi Cina, India dan sebagainya. Jangan kita mainkan isu
perkauman,’’ katanya.
Terdahulu sebelum itu beliau mengadakan sembang santai di
Pusat Daerah Mengundi (PDM) Besout 1 dan mengadakan ziarah kasih bersama
jentera setempat yang lain, di sini, Rabu.
Tambah Mohamad pengundi dan masyarakat perlu dijelaskan apa
yang ingin dilakukan dan apa yang akan dibuat serta kaedah bagaimana
dilaksanakan malah rakyat hari ini boleh menilai kerajaan parti mana yang boleh
bekerja dan kerajaan parti mana yang cakap sahaja tetapi tidak buat apa-apa
pun.
‘’Kita beritahu orang…kita beritahu pengundi apa kita boleh
buat dan apa yang akan kita buat dan macammana yang akan kita lakukan . Itu
penting dan biar orang nampak. Orang sekarang semua mempunya pengetahuan dan
maklumat berada di hujung jari,’’ ujarnya.
SUMBER - UMNO Online
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor